Isnin, 6 April 2009

kek peach terbalik


Bahan-bahan:

250gm tepung naik sendiri

250gm mentega

250gm gula

5 biji telur

1/2 tin air peach dalam tin

1 sudu kecil esen vanila

sedikit gula perang


Cara-caranya:


  1. Pukul mentega + gula hingga kembang.

  2. Masukkan telur + esen vanila.

  3. Masukkan tepung diikuti dengan air peach.

  4. Pukul sebati.

  5. Lenser loyang pembakar dengan mentega dan sapukan gula perang menutupi loyang.

  6. Susunkan buah peach dalam loyang.

  7. Masukkan bahan yang dah dipukul sebati tadi.

  8. Bakar selama ><45min><175.c.

cara-cara membuat pizza


Bahan-bahan membuat rotinya:

200 gm tepung roti

1 sudu gula

1 sudu kecil yis

125ml air suam

sedikit garam

1 sudu butter

1 sudu susu tepung

Caranya:

1. Yis tadi dicampur ke dalam air suam dan biar seketika.

2. Semua bahan dicampur dan diuli sebati. Biarkan selama 45-60mins dan tutup dengan kain lembap.

3. Canai doh setebal 0.5cm dan cucuk dengan garfu doh tersebut.

4. Bakar pada suhu 200.C selama 12-15mins.



Topping:

2 keping dada ayam

2 ulas bwg putih

serbuk lada sulah

mayonis

sos cili dan sos tomato/tomato puree

cheese (shredded cheese atau cheddar cheese pun boleh)

mixed vegetable

mixed herbs/oregano

black pepper

option:(untuk nak lagi sedap kalau x da, x per)

capsicum

bawang kuning

nenas yang di dadu

daun ketumbar

caranya:

1. Masukkan 1 sudu minyak dalam kuali dan goreng bawang putih hingga kekuningan.

2. Masukkan isi ayam yang dicincang.

3. Masuk garam + lada sulah.

4. Sapu pizza dengan mayonis kemudian sos cili, soso tomato. Ratakan.

5. Taburkan ayam goreng, kemudian mixed vege/herbs atau mushroom atau nenas yang didadu.

6. Taburkan cheese. Jika guna cheddar cheese, potong2 dan tabur.

7. Bakar 200.C selama 8-10mins.

8. Hidang panas2....

Ahad, 5 April 2009

cara menghias bilik kanak-kanak




Saya merasa terpanggil untuk membuat blog ini kerana untuk berkongsi idea bagaimana untuk menghias bilik kanak-kanak dalam budget yang minimum. Bilik anak anda akan tampil hebat dan ceria. Ianya boleh dilakukan sendiri di rumah.


Saya menghias bilik mainan anak-anak menggunakan lebihan cat. Hanya perlu sedikit creativity n imagination.