Isnin, 23 November 2009

Qurban

Qurban - dipetik dari ceramah Dr.Fatma El-Zahra

Qurban yang dilakukan adalah semata-mata kerana Allah s.w.t. dan semua perkara di dalam dunia dilakukan kerana Allah s.w.t. Dan janganlah kita menjadi orang yang melebihi 8 perkara ini dari Allah kerana sesungguhnya orang itu di dalam kesusahan di hari akhirat.
Surah At- Taubah; ayat 24:-
"Katakanlah, "Jika bapa-bapamu, anak-anakmu,saudara-saudaramu,isteri-isterimu,keluargamu,harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah & RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya." dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik."

Contohnya jika menyayangi anak-anak, janganlah sampai kita melengahkan seruan Allah, kerana terlalu sibuk menguruskan anak-anak. Tinggalkanlah dahulu mereka, sesungguhnya semua itu dalam urusan Allah dan ia tidak mudarat jika tinggalkan mereka sekejap.

Contoh lain, orang yang sibuk mencari harta kekayaan, menguruskan perdagangannya, bermesyuarat hingga tinggal solat semata-mata kerana takut tidak dapat menyiapkan kerja.

Contoh lagi, mereka-mereka yang menyayangi tempat tinggal, sibuk menguruskan kebun atau laman berjam-jam, sanggup menghabiskan masa berlama-lama untuk mencantikkan laman sedangkan meluangkan masa beribadah hanya 2 minit.

Umat Muhammad yang berjaya dan maju kerana 4 perkara;
1. hakim yang adil
2. orang yang berilmu dan menyampaikan
3. orang yang kaya tetapi bermurah hati
4. doa dari orang fakir
sesungguhnya senjata umat Islam adalah doa dan zikir.

Doa untuk menjana dan memangkin diri boleh diamalkan setiap kali lepas solat:
"Ya Allah berilah rezeki padaku untuk mencintaiMu dan kasih padaMu, berilah rezeki padaku untuk mencintai orang yang mencintaiMu, berilah rezeki padaku untuk membuat amalan agar mencintaiMu".

Mashaallah, Wallahualam.

Isnin, 2 November 2009

Bagaimana mengenal kelebihan kekurangan diri melalui tarikh lahir

Tips ini dari Dr. Fadzillah Kamsah..
  1. Pemimpin
  2. Lembut
  3. Kemas (cerewet)
  4. Rajin
  5. Boleh berunding
  6. Angin
  7. Patuh
  8. Bisnes
  9. Glamour

Contoh tarikh lahir saya: 08 08 1978

Kotak pertama: 0+8=8

Kotak kedua: campurkan semua nombor 0+8+0+8+1+9+7+8=41

kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi. maka 4+1=5

Kotak ketiga: jumlah kotak pertama akan dicampur dengan jumlah kotak kedua 8+5=13

hasilnya lebih dari sembilan, maka campurkannya 1+3=4

Hasilnya:

8 : bisnes

5 : boleh berbincang

4 : rajin

Cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan dapat membantu menganjak diri sendiri menjadi orang berguna.