Rabu, 23 Jun 2010

Bagaimana sifat memberi membantu membersih jiwa

Salam semua...

Ada satu rancangan tv yang bakal menjadi bahan tontonan favourite saya selepas di beritahu oleh seorang rakan. Rancangan itu adalah Nanny 911 di ntv7. Rancangan ini sangat bagus sbb banyak parenting tips.

Pertama kali menontonnya sudah dapat belajar sesuatu. Alhamdulillah.

Bagaimana seorang wanita menjaga 23 orang anak2 kurang upaya bersama suami yang kurang upaya! Mashaallah....
Apa yang menariknya wanita ini tidak pernah marah,tengking atau pukul anak2 ini. Sebaliknya dia sentiasa melayan dengan sabar setiap permintaan anak2 ini. Pada sessi temuramah, dia berkata umurnya 40 tahun. Saya melihatnya sepuluh tahun lebih muda atau lebih muda lagi.

Dia mencabar rancangan Nanny 911 ini utk ke rumahnya dan menyelesaikan masalah dia. Dia tidak pernah berehat, apa lagi bercuti!

Di pendekkan cerita memang nanny 911 ini berjaya menyelesaikan masalah wanita ini.

Apa yang saya nak kupas di sini, wanita ini sangat kental jiwanya. Sabar dengan kerenah anak2 nya. Sebenarnya 23 orang kanak2 ini bukan anaknya tetapi anak kurang upaya yang ditinggalkan ibu bapa. Dia menyerahkan seluruh hidupnya utk mendidik, membesarkan anak2 ini.

Dia sentiasa MEMBERI. Kerenah anak2 ini tidak pernah berhenti. Ada bergaduh serentak 3 keadaan lah, tetapi dia menyelesaikan satu persatu. Setiap kali sessi makan, dia sediakan menu atas permintaan. Mashaallah! Dia sediakan seorang diri!  Dah macam Iron chef plak! tapi iron chef ada assistant.

Bila tiba bab membasuh, berpuluh kali cucian! Dia juga buat sorang2! Bila bab melipat, apa lagi! Lepas tu lepas dia settle hal2 budak2 ni, suaminya yang kurang upaya plak dia settle! Pendek kata memang dia x pernah berhenti. Bila anak2 kesedihan dia sentiasa ada untuk memeluk dan memberi semangat. Kelebihan yang nyata anak2 ini sentiasa dalam keadaan motivated walaupun mereka kurang upaya sehingga kan 3 orang nanny yang didatangkan terpegun dengan mereka. Anak2 ini seperti kanak2 biasa saja.

Kesimpulannya, memberi itu membersih jiwa. Dalam bentuk apa sekalipun. Apa yang ada pada kita. Jika tidak mampu dengan wang, ada lagi yang lain. Kudrat kekuatan, akal fikiran, motivasi, senyuman, doa, etc. Banyak lagi. Saya berpesan kepada diri saya sendiri, sentiasa cari apa yang boleh diberi...Sentiasa dalam keadaan memberi menjernihkan minda, mata hati, menjernihkan wajah, menguatkan badan.