Isnin, 26 Julai 2010

Atasi sifat takut anak

Salam....

Lama tak menulis...sibuk hal anak2, designing, menjahit..etc..

Kisah kali ni ialah bagaimana nak membantu mengurangkan rasa takut anak anda. Ataupun hilangkan terus...
Masalah ni saya alami sendiri..anak pertama saya ni penakut sikit. Nak pergi bilik air nak kena teman. Nak naik atas nak kena teman..pendek kata nak berteman je la..tapi suka tengok citer ultraman,segala macam raksasa ada dalam tu..
Mula2 saya marah, agaknya ada raksasa colour2 tunggu kat bilik air ke macam dlm tv tu...
Saya jumpa dengan ustazah di sekolah pra tahfiznya..macam mana nak atasi masalah takut dia ni. Ustazah tu mencadangkan supaya dia takbir atau azan selalu dalam rumah.
Saya pun tak sabar nak praktikkan dalam rumah. Bila tiba masa dia nak kena naik atas cari baju, dia mula nak panggil adik girlnya yg kenit. Saya pun mencelah..suruh dia pergi sendiri dan minta dia takbir. Akhirnya dia berjaya pergi sendiri sambil bertakbir. Alhamdulillah.....

Belum selesai lagi..mungkin ambil masa...tak pe, sejak hari tu, memang dia dah berani sikit naik atas sambil bertakbir...Mashaallah...apa2 pun berbalik kepada Yang Esa....