Jumaat, 18 Mei 2012

Tips hendak menunaikan umrah?

Salam

Pada hujung februari lepas Alhamdulillah saya sekeluarga menunaikan umrah..Saya,suami serta 4 orang anak. M. Aqil Haq (7 thn), M.Amier Haziq (6 thn), Nur Almas Nuha (4 thn), M. Amjad Hakim (7 bulan).
Memang banyak yang bertanya "nak bawak anak2?" , "boleh ke?", "x payahlah bawak budak2", "tinggallah anak2 tu"...etc...
Bagaimana kuatnya semangat kami suami isteri menerima persoalan2 dan hujah2 dari sekeliling yang mencadangkan pelbagai cadangan supaya tidak payah membawa anak-anak...pada asalnya kami memang teringin nak pergi bersama (sewaktu berbincang baru anak 2 orang tetapi belum sampai waktunya), kini dah anak 4 orang baru dimakbulkan..hebatnya perancangan Allah..kita tak menjangka waktu itu kemampuan membawa 4 orang anak bersama, lagi2 anak ke-4 yang baru berumur 7 bulan dan masih menyusu badan...MashaAllah..

Di antara waktu nak pergi dan dapat pergi, ada masa kami terlupa misi nak ke sana. Kami ada melihat2 tempat2 menarik di negara sendiri malah tak kurang di negara jiran. beberapa kali kami cuba menembusi airasia, mas, firefly tapi tak berjaya sehingga kami berasa hairan. lebih dari 3 kali dan di waktu berbeza..akhirnya keluarlah ayat dari mulut saya pada suami "bang, Allah tak bagi kita pergi tempat lain..mungkin kita kena pergi tempat terbaik dlm dunia, pergi umrah lahh.." kataku berseloroh. Alhamdulillah..

Pada saya, sebelum pergi menunaikan umrah itu ada ujiannya, semasa pun ada ujiannya, dan selepas pun ada ujiannya...
Ujian sebelum pergi adalah persoalan2 dari sekeliling sehingga menggoyah pendirian kami. Apa yang saya sendiri buat adalah berdoa minta tolong pada yang Maha Kuat..Maha Pelindung..Maha Memudahkan..
Zikir "rabbi yassir wala tu'assir" boleh dijadikan zikir utk minta Allah memudahkan urusan. Saya faham sebelum datang kemudahan ada kesusahan..maka kesusahan hati itu saya redha kerana tahu selepas itu adalah kemudahan Insyaallah...
Mengapa hendak membawa anak2? mesti tertanya2 di fikiran rakan2..
antaranya: 1. hendak tanam rasa cinta kepada Allah dalam diri anak2, waktu anak2 umur begini ingatan mereka kuat => bagus untuk mereka sentiasa menyebut2nya..memandangkan ini tempat pertama luar negara mereka dapat pergi..
2. tempat barakah di dunia..alangkah baiknya dapat pergi bersama2..

untuk entry ini saya hanya cerita hal sebelum umrah ye..

Tips2 untuk dapat rezeki menunaikan umrah. Pertama NIAT mesti kuat,bersih. Niat kerana Allah! kemudian TAWAKAL. (dari tahun 2005 sudah ada niat tapi baru tahun 2012 baru dapat)..=>SABAR..
apabila lengkap ketiga2 ini mudah kita nak jalani kehidupan dan beramal.. tak da lah mendesak..banyakkan SEDEKAH. Sedekah ni tak semestinya dalam bentuk wang. Saya suri rumah, kewangan terbatas..tapi sentiasa ada Alhamdulillah..kerana Allah memberi rezeki itu melalui suami...Lagi tipsnya sedekahlah di waktu duit kita tengah sikit tu..contohnya tinggal rm50..alamak..nak bagi ke tak ni? lepas tu bersihkan hati keluarkan aje..jgn risau..Lagi satu tipsnya: tingkatkan amount sedekah tu, contoh kalau dulu rm10 kita sedekah, tingkatkan jadi rm20 ke atau lebih baik terus rm50! anda akan dapati betapa hebatnya kuasa sedekah tu!

Saya dapat hidayah nak bagi sedekah ni bila terbaca suatu kisah: seorang pemuda tinggal rm5 je dalam beg duitnya. duit tu utk makan tengahari di pejabat nanti. masa nak pergi kerja didatangi org meminta sedekah. tergerak hati utk bagi maka dia pun sedekah duit itu..x pe la x payah makan la tengahari nanti..MashaAllah! tiba waktu tengahari dia diajak oleh seorang rakan kerjanya utk makan. Dia mengelak sebab dah tak da duit sebenarnya..tapi kawannya mendesak sebab nak belanja dia makan kerana kawannya dinaikkan pangkat..dia dibawa ke sebuah restoran..Alhamdulillah nilai makanan tengahari itu melebihi nilai rm5 yang dia sedekah tadi...Subhanallah betapa hebatnya kuasa sedekah "what u give, u get back" , "law of attraction"....Jadi,apa tunggu lagi! Jangan takut bersedekah!

sedekah dalam bentuk lain, bantu jemaah/qariah di tempat anda..apa saja; contohnya: bantu qariah surau menyampaikan maklumat kuliah, etc. Selagi terdaya kita berfikir apa yang boleh kita tolong jemaah/qariah tempat tinggal kita. Jadikan sebagai wasilah. Kita boleh jadikan wasilah kebaikan yg dibuat dengan berdoa pada Allah moga2 Allah bantu mudahkan urusan kita ke sana.
BACA AYAT SERIBU DINAR, kat rumah saya ni tergantung ayat seribu dinar tapi tak dibaca pun setiap hari..Alhamdulillah Allah bagi taufik dan hidayah saya fahamkan, amalkan.rezeki boleh datang dari sumber yang tidak terfikir oleh kita..Mashaallah...
Buat amalan sunat yang lain...tak perlulah diceritakan apa amalan sunat tu...carilah sendiri ye..kang jadi citer lain plak...tips yang atas2 tu pun mula2 payah nak buat..tapi minta tolong Allah bagi kekuatan kita nak buat amalan tu.."La haw la wala quwwata illa billahil a'liyyil adziim"..

Rajin2 lah hadiri majlis ilmu..seronok! mula2 memang susah nak bawak anak2 reramai ke surau memang suatu cabaran! lagi2 time suami kerja offshore dulu, saya dapat lesen besar senang...ibadah ni mula2 memang susah tapi bila kita berjaya atasinya dia jadi manis,indah,rindu bila tak dapat pergi..ujian ada, sentiasa dan tak berhenti tapi Allah tolong..jgn risau..
macam2 alasan kadang2 kawan2 bagi, mereka nak pergi tapi 'itu ini begitu begini' lah, sebenarnya taufik tak de lah tu..hidayah ada tapi taufik tak da..maka mintalah pertolongan Allah..

ok, di waktu lain saya cerita kisah di sana pulak..Insyaallah..