Isnin, 1 April 2013

KISAH KELEBIHAN DOA 'BISMILLAHI TAWAKKALTU A'LAALLAH' DI ZAMAN MODEN

Salam.....

Dah lama tak menulis di blog titahdesign ni...maaf ye..sibuk..ada byk benda dalam kepala cuma belum diterjemahkan dalam bentuk tulisan untuk sama-sama kita dapat ilmu...

بسم الله توكلت علي الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

inilah doa yang sangat bagus diamalkan...

Maksud ayat di atas: Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolonganNya...

tentu sahabat sekalian pernah dengar orang terselamat dari sesuatu hal itu ini kerana membaca doa-doa tertentu..

Di sini saya ingin berkongsi sebuah kisah di zaman moden ni..kisah seorang hamba Allah yang selalu baca doa di atas...
simple je dia cuma selalu baca dalam apa keadaan..bukan semua keadaan tapi kebanyakkan situasi..ye la kita ni mudah lupa..kalau org ni teringat nak baca doa yg panjang dia bacalah tapi kadang2 dia nak cepat..katanya inilah doa yang selalu terlintas dalam kepalanya..

Kisah ini berlaku bila hamba Allah ni nak jemur baju...dia pun terlintas untuk baca doa di atas masa nak jemur baju. Dia kata dibacanya doa tersebut saat nak jemur setiap helai baju. Dia pun tak tahu kenapa nak baca kat semua baju pulak..huhu

Lepas tu selesai jemur dia pun nak masuk rumah dan nak keluar sekeluarga..dalam hatinya tak pe la tak payah bawak masuk rumah baju tu..sebab mungkin pergi sekejap je..jadi dipandangnya pada baju2 nya tadi dengan pandangan penuh pengharapan pada Allah moga Allah pelihara bajunya..sambil baca doa di atas..Dalam fikirannya, mungkin dengan cara Allah pelihara bajunya melalui 1. dia sempat balik sebelum hujan  atau  2. harapnya tak hujan langsung area situ...
itulah dua cara yang dia terfikir mungkin selamatlah baju2 nya...

Ditakdirkan dia x dapat balik awal...dan kawasan rumahnya hujan...dia berada di luar kawasan dan tak tahu kawasan rumahnya hujan.
tiba-tiba dia dapat panggilan dari seorang kawan kata jirannya dah selamatkan bajunya!
dia pun hairan..macam mana jiran belakang rumahnya selamatkan baju2nya tu..padahal pagar belakang berkunci..
lalu dia pun menelefon jirannya itu..alangkah terkejutnya dia bila jirannya beritahu yang suaminya memanjatkan anak lelakinya yang berumur 7 tahun masuk ke dalam kawasan rumah lalu mengambil semua baju2 tadi....Subhanallah!!!!Mashaallah!!!  Dia sangat terkejut..sampai macam tu sekali pertolongan Allah melalui jirannya..bila diambil baju2 tadi semua sudah dalam keadaan berlipat dengan sangat kemas oleh jiran tadi!!!! Subhanallah!!!!

Hamba Allah ini masih hairan pada mulanya tetapi kemudian barulah dia teringat yang itu pertolongan Allah dari jalan yang tidak pernah terlintas dari kepalanya...

Jadi sahabat sekalian...amalkan lah doa ini sebab bila kita letak tawakal kita pada Allah tanpa mengharap pada yang lain..memang Allah akan datangkan bantuan dari jalan yang kita tak pernah sangka...
kisah di atas berlaku pada baju yang diselamatkan..apalagi kalau manusia yang memang dalam kekuasaan Allah..semestinya semua benda dalam dunia ini adalah kekuasaanNya..


Semoga kita sentiasa dalam perlindunganNya...Insyaallah...Aamiiin

Sabtu, 25 Ogos 2012

MY D.i.y raya...jom buat sendiri!

Salam...selamat hari raya..

Pada hari jumaat yang indah..24hb ogos 2012, hari saya mengemas rumah setelah lama ditinggalkan beraya..suamiku outstation (offshore) ..apa lagi..sing sing lengan, lipat seluar..jadi 'minah gyver' ehhh. Tools utk bertukang bagai semua dlm kepala..tinggal ambik jer.

Misi bermula! Jom tukar sarung kusyen kerusi makan dan seangkatan dengannya iaitu hiasan dinding!

jgn buat sekaligus..ini saya buat dah lama masa bulan ramadhan..jumpa kain b4 ramadhan..firstly: bukak kain yang dulu, basuh..kalau tak nak guna balik, pandai2 le..pastu stapler kain yang baru..saya jumpa kain ni di kedai kain biasa jer..bukan IKEA tapi corak macam ala2 IKEA, tu yang saya beli tuh..harganya rm18/m. beli la dalam 2 meter ke 1 1/2 m ke..

Kali ni untuk kerusi saya beli kain yang tak bercorak. 2 kerusi guna kain yang sama dengan hiasan dinding, lagi 4 kerusi guna kain warna merah kosong.
nak tanggalkan kusyen dia senang je..terbalikkan kerusi..mula2 dulu saya tengok gak tahap kesukarannya..kalau agak2 minah gyver tak leh buat..saya tak buat..tengok2..ala..kacang goreng..tanggal skru aje..
 
 

dah siap...utk yang ini 2 kerusi je..kain lebih frame buat utk kerusi ye..



ni plak dah siap yang warna kosong..dah model dok plak atas kerusi tuh..camouflage lah plak kannn..

ok! siap..foto overall tak dak..bayangkan sendri aje la yer..Alhamdulillah..x de la sakit mata den ni haa hari2 tengok sarung kusyen makan dah ala2 tukar warna...dari cream dah jadi kelabu..>>sekarang....seronok...

Sabtu, 4 Ogos 2012

Khat kufi murabba

Salam...

Alhamdulillah..berjaya dengan percubaan membuat kufi murabba..dah lama minat kufi murabba ni..asik tengok blog depa2 yang pro buat kufi ni..teringin nak tempah..aduh..satu nama pun dekat rm50..

lama2 try buat..alhamdulillah..dapat! mula2 buat nama ku dulu...ambik yang ringkas2 jer...titah..
lepas tu try yang panjang sket...wow! seronoknya..macam maze bila dah siap! memang saya suka maze..

kes berframe2 ni pasal saya try buat utk saguhati sahabat2 qariah surau al-kausar yang bertadarus...pergi dengan sorang sahabat ke IKEA cari frame..pas tu print atas kertas biasa lalu letak dalam frame..
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan buat kufi ni..dalam gambar ni, nama sahabat2...

Kalau nak tempah pun boleh....hehe...

wassalam..

Jumaat, 18 Mei 2012

Tips hendak menunaikan umrah?

Salam

Pada hujung februari lepas Alhamdulillah saya sekeluarga menunaikan umrah..Saya,suami serta 4 orang anak. M. Aqil Haq (7 thn), M.Amier Haziq (6 thn), Nur Almas Nuha (4 thn), M. Amjad Hakim (7 bulan).
Memang banyak yang bertanya "nak bawak anak2?" , "boleh ke?", "x payahlah bawak budak2", "tinggallah anak2 tu"...etc...
Bagaimana kuatnya semangat kami suami isteri menerima persoalan2 dan hujah2 dari sekeliling yang mencadangkan pelbagai cadangan supaya tidak payah membawa anak-anak...pada asalnya kami memang teringin nak pergi bersama (sewaktu berbincang baru anak 2 orang tetapi belum sampai waktunya), kini dah anak 4 orang baru dimakbulkan..hebatnya perancangan Allah..kita tak menjangka waktu itu kemampuan membawa 4 orang anak bersama, lagi2 anak ke-4 yang baru berumur 7 bulan dan masih menyusu badan...MashaAllah..

Di antara waktu nak pergi dan dapat pergi, ada masa kami terlupa misi nak ke sana. Kami ada melihat2 tempat2 menarik di negara sendiri malah tak kurang di negara jiran. beberapa kali kami cuba menembusi airasia, mas, firefly tapi tak berjaya sehingga kami berasa hairan. lebih dari 3 kali dan di waktu berbeza..akhirnya keluarlah ayat dari mulut saya pada suami "bang, Allah tak bagi kita pergi tempat lain..mungkin kita kena pergi tempat terbaik dlm dunia, pergi umrah lahh.." kataku berseloroh. Alhamdulillah..

Pada saya, sebelum pergi menunaikan umrah itu ada ujiannya, semasa pun ada ujiannya, dan selepas pun ada ujiannya...
Ujian sebelum pergi adalah persoalan2 dari sekeliling sehingga menggoyah pendirian kami. Apa yang saya sendiri buat adalah berdoa minta tolong pada yang Maha Kuat..Maha Pelindung..Maha Memudahkan..
Zikir "rabbi yassir wala tu'assir" boleh dijadikan zikir utk minta Allah memudahkan urusan. Saya faham sebelum datang kemudahan ada kesusahan..maka kesusahan hati itu saya redha kerana tahu selepas itu adalah kemudahan Insyaallah...
Mengapa hendak membawa anak2? mesti tertanya2 di fikiran rakan2..
antaranya: 1. hendak tanam rasa cinta kepada Allah dalam diri anak2, waktu anak2 umur begini ingatan mereka kuat => bagus untuk mereka sentiasa menyebut2nya..memandangkan ini tempat pertama luar negara mereka dapat pergi..
2. tempat barakah di dunia..alangkah baiknya dapat pergi bersama2..

untuk entry ini saya hanya cerita hal sebelum umrah ye..

Tips2 untuk dapat rezeki menunaikan umrah. Pertama NIAT mesti kuat,bersih. Niat kerana Allah! kemudian TAWAKAL. (dari tahun 2005 sudah ada niat tapi baru tahun 2012 baru dapat)..=>SABAR..
apabila lengkap ketiga2 ini mudah kita nak jalani kehidupan dan beramal.. tak da lah mendesak..banyakkan SEDEKAH. Sedekah ni tak semestinya dalam bentuk wang. Saya suri rumah, kewangan terbatas..tapi sentiasa ada Alhamdulillah..kerana Allah memberi rezeki itu melalui suami...Lagi tipsnya sedekahlah di waktu duit kita tengah sikit tu..contohnya tinggal rm50..alamak..nak bagi ke tak ni? lepas tu bersihkan hati keluarkan aje..jgn risau..Lagi satu tipsnya: tingkatkan amount sedekah tu, contoh kalau dulu rm10 kita sedekah, tingkatkan jadi rm20 ke atau lebih baik terus rm50! anda akan dapati betapa hebatnya kuasa sedekah tu!

Saya dapat hidayah nak bagi sedekah ni bila terbaca suatu kisah: seorang pemuda tinggal rm5 je dalam beg duitnya. duit tu utk makan tengahari di pejabat nanti. masa nak pergi kerja didatangi org meminta sedekah. tergerak hati utk bagi maka dia pun sedekah duit itu..x pe la x payah makan la tengahari nanti..MashaAllah! tiba waktu tengahari dia diajak oleh seorang rakan kerjanya utk makan. Dia mengelak sebab dah tak da duit sebenarnya..tapi kawannya mendesak sebab nak belanja dia makan kerana kawannya dinaikkan pangkat..dia dibawa ke sebuah restoran..Alhamdulillah nilai makanan tengahari itu melebihi nilai rm5 yang dia sedekah tadi...Subhanallah betapa hebatnya kuasa sedekah "what u give, u get back" , "law of attraction"....Jadi,apa tunggu lagi! Jangan takut bersedekah!

sedekah dalam bentuk lain, bantu jemaah/qariah di tempat anda..apa saja; contohnya: bantu qariah surau menyampaikan maklumat kuliah, etc. Selagi terdaya kita berfikir apa yang boleh kita tolong jemaah/qariah tempat tinggal kita. Jadikan sebagai wasilah. Kita boleh jadikan wasilah kebaikan yg dibuat dengan berdoa pada Allah moga2 Allah bantu mudahkan urusan kita ke sana.
BACA AYAT SERIBU DINAR, kat rumah saya ni tergantung ayat seribu dinar tapi tak dibaca pun setiap hari..Alhamdulillah Allah bagi taufik dan hidayah saya fahamkan, amalkan.rezeki boleh datang dari sumber yang tidak terfikir oleh kita..Mashaallah...
Buat amalan sunat yang lain...tak perlulah diceritakan apa amalan sunat tu...carilah sendiri ye..kang jadi citer lain plak...tips yang atas2 tu pun mula2 payah nak buat..tapi minta tolong Allah bagi kekuatan kita nak buat amalan tu.."La haw la wala quwwata illa billahil a'liyyil adziim"..

Rajin2 lah hadiri majlis ilmu..seronok! mula2 memang susah nak bawak anak2 reramai ke surau memang suatu cabaran! lagi2 time suami kerja offshore dulu, saya dapat lesen besar senang...ibadah ni mula2 memang susah tapi bila kita berjaya atasinya dia jadi manis,indah,rindu bila tak dapat pergi..ujian ada, sentiasa dan tak berhenti tapi Allah tolong..jgn risau..
macam2 alasan kadang2 kawan2 bagi, mereka nak pergi tapi 'itu ini begitu begini' lah, sebenarnya taufik tak de lah tu..hidayah ada tapi taufik tak da..maka mintalah pertolongan Allah..

ok, di waktu lain saya cerita kisah di sana pulak..Insyaallah..


Ahad, 12 Februari 2012

Blouse -jahit sendiri

Salam...dah lama rasanya tak menulis..
Ye la, masuk tahun 2012 anak sorang lagi masuk sekolah darjah satu..sibuk la ibunya..yg umur 4 tahun plak masuk sekolah pasti, dekat je dgn rumah..

Itu bukan cerita utamanya, sebenarnya nak tulis pasal rasa gembiranya saya bila dapat siapkan blouse cotton sendiri..Alhamdulillah..nak tengok gambarnya..ini dia..
beli kain ni dari internet..nuha apparel...satu saya buat blouse cotton ni, satu lagi ingat nak buat jubah mygirl..tapi belum jahit lagi..kainnya 2m setiap corak.




Ni pulak gambar jubah mygirl..tapi kain ni dibeli di tempat lain..
Bawah ni plak blouse cotton mygirl..
 



senangnya nak buat blouse mcm saya punya tu..pakai kain cotton lagi senang..badan besar pun boleh guna cotton..cari corak yang sesuai...mcm corak kat bawah ni..



kawan2 yang minat jahit..buat jangan tak buat...kalau beli sehelai blouse cotton mcm ni..(dulu2 saya beli pasal tak tahu) rm60-70! Kalau yang memang x minat nak lagu mana kan...beli je..hehe..
Mashaallah..alhamdulillah..sedang2 terfikir2 (3 tahun lepas la) kalau lah aku tau jahit blouse sendiri..tiba2 ada kawan bagi tau nak belajar jahit tak? yuran murah je..aku pun..pergi je la dulu..tgk apa yg nak diajar..>>Alhamdulillah...pucuk dicita ulam mendatang!..bukan kebetulan ye..memang dah tertulis rezeki ku dapat belajar jahit blouse! Alhamdulillah..sekarang dah hampir 10 blouse/jubah dijahit!..nak tambah koleksi lagi...JOM!!

wassalam..

Isnin, 5 September 2011

Seronok...bila orang2 soleh lawat babyku...

Salam....selamat hari raya eidulfitri..maaf zahir batin

Memandangkan aku melahirkan anak ke-4 betul2 2 hari sebelum puasa..maka proses berpantang memang la kena bulan ramadhan dan masuk syawal sket. Sebulan ramadhan tu memang burn la..sedih betul...tapi semuanya ada hikmahnya..Allah maha hebat dalam perancanganNya..tak pernah aku menyangka akan berpantang dlm bulan ramadhan.

program tadarus di surau al-kausar
2 weeks before deliver, aku berpeluang ikuti program tadarus Al-Quran di surau kawasan rumahku..Alhamdulillah..walaupun dapat ikuti lebih kurang seminggu tapi sangat bermakna lebih2 lagi dlm waktu pregnant. Saat hampir melahirkan tu, jalan pun dah macam pinggu..tapi aku gagahkan jugak sebab tak nak lepaskan peluang keemasan mcm ni..Alhamdulillah program ni dimulakan awal oleh ustazah kami pada hari nisfu sya'ban dan khatam pada hari nuzul quran..(sedih..program nuzul quran tak dapat join..)

Memang rezeki anakku ni, ramai juga kawan-kawan, sahabat yang melawatnya..tapi yang paling seronok tu rezeki dia dilawat oleh ustaz2 yang al-hafiz, ustazah2..Mashaallah..tak pernah aku menyangka semua ni..
Yang kelakar tu, lena betul dia tidur lepas dilawat oleh orang2 soleh..langsung tak bangun nak minum susu mlm tu. Biasanya dia akan bangun atleast sekali la..dlm jam 3-4 pagi mcm tu. Kali ni, jam 6.15 pagi aku bangun tgk dia, aman je tidur..hehe..'kenyang' betul..
muhammad amjad hakim
Teringat kata2 Wardina dalam 'Ini Kisahku' .."bila kita buat perubahan dalam hidup kita ke arah kebaikan atau yang lebih baik, Allah datangkan orang2 baik/orang2 soleh kepada kita"..itu pertolongan Allah..suatu bentuk rezeki tu..dalam post2 saya sebelum ni ada nyatakan setiap penghijrahan ada rezekinya..rasa bahagia betul, seronok, tak tahu nak cakap apa lagi la..bila orang2 soleh melawat babyku. Satu, mereka doakan semasa pegang ubun2 baby, Insyaallah makbul doa..

Mudah2an, jadilah anakku tergolong dalam orang2 soleh..sesuai dengan namanya Muhammad Amjad Hakim (mulia/soleh, bijaksana)..Insyaallah..

Doa untuk diberikan zuriat yang menyenangkan hati.
وَالَّذِيۡنَ يَقُوۡلُوۡنَ رَبَّنَا هَبۡ لَـنَا مِنۡ اَزۡوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعۡيُنٍ وَّاجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِيۡنَ اِمَامًا‏
(surah al-Furqan: 74)
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang bertaqwa"

Wassalam.

Jumaat, 1 Julai 2011

Bukan senang nak senang!

Salam...

Hari ni penuh dengan dugaan!..Bukan senang nak senang!

Lepas ambil report card di sekolah agama anak sulung ku..alhamdulillah..dia bertukar ked dgn kawannya di sek keb..kali ni sek agama dia nombr 2. kwnnya pulak no 1..tak pe persaingan yg sihat..
Lepas je settle hal sek ingat nak balik umah la. Tetiba dapat cal, hubby suruh g ambik GL dari klinik panel pasal esok nak g cek doktor di PMC Bkt Rahman Putra, Sg Buluh. Pergilah dgn anak2 ku 3 org ni...
Alamak..tak boleh la..pasal tak cek kat klinik tu. Tapi panel PM Care minta dari panel dia gak..adoi..
Lepas tu aku dicadangkan pergi sendiri ke Country Homes utk jumpa doc (pemilik klinik) tu di sana. Mudah2an boleh deal. Alamak...on the way tu..anak2 ku tertidur la pulak..semuanya sekali!....mmmm..syukur sampai2 situ betul2 parking depan klinik w/pun side parking tapi aku boleh nampak dari seberang jalan..boleh tinggal kejap dlm keta pasal diaorg baru je tidur..
Dipendekkan cite, tak dapat GL pasal tak cek dgn doc...dah agak dah tapi tak pe, cuba je..pasal PM Care nak mcm tu. Hubby pun bantu uruskan GL dari ofisnya..cal PM Care,etc...nak settlekan hal GL. Dikatakan klinik tu selected panel bukan open panel..pulak dah..kena balik ke kaw umah aku utk ke klinik yg ada open panel. Penat betul....
Aku pun pergi klinik ke 3. Lepas jumpa doc, mcm biasa jawapan sama. GL tak boleh dikeluarkan sbb aku tak cek dgn doc tu. Last2 hubby kata pergi je klinik yg aku selalu cek tu mintak GL. Ok, aku pun pergi klinik ke 4 (klinik yg biasa aku cek pregnant). Budak2 aku tinggal dlm keta pasal anak sulung dah bangun. Dkt 1/2 jam urusan. Kena cek pregnnt mcm biasa..before dapat GL. Rupanya hubbyku kata budak yg dari PM Care tu baru masuk keje..tak faham nak urus situasi. Mungkin masalah ni baru bagi dia. Itu pun lepas hubbyku complain service apa mcm ni masalah customer tak leh selesaikan..akhirnya boleh rupanya guna GL dari mana2 doc.
Alhamdulillah..aku pun cal hubby bila dapat je GL dari doc...bila sampai dekat keta, anakku 2 org dah bangun..depa nak air kotak..aku pun singgah kedai sbb parking betul2 depan kedai...dah lama depa aim air kotak agaknya selama aku dlm klinik...sambil berborak dgn hubby thru hp..tetiba anakku yg sulung dgn yg gegirl ni kuar dari keta. Dia tanya aku "ibu, ada kunci tak?". "Kunci apa?", aku tanya balik? ALAMAK!! aku mengagak sesuatu..DIA KUNCI KERETA!!!!!!!
Anak yg ke 2 ada dlm keta tapi dia tidur!! Tidak!!!! Aku tak panik tapi, memang kena cubit la si abang ni..pandai2 g kunci keta. Nasib ada anak aku kat dalam even dia tido, keta on, air cond function. Aku tak berapa risau. Boleh usaha nak kasi bukak, mintak dia bangun je..
Ramailah org berkerumun nak tolong bangunkan anakku ni...Ada brother ni dgn wife dia, baru balik keje agaknya..dia pun tolong goyang keta..ketuk2 cermin sume..panggil2 nama anak aku....nak tergelak pun ada..wah!!!!makin syok anak aku tido pasal kena goyang keta...mcm kena buai!!!!!! hehe
siap ada kakak kedai halal ni offer keta dia g balik ambik kunci spare. masalahnya kunci umah pun dalam keta...kuang kuang kuang...................dulu biasanya aku simpan kunci keta satu dlm purse. tapi sejak hubby buat double security kat keta tu, lupa nak simpan balik kunci dlm purse...
Uruskan hal GL ni aje dari jam 3 petang sampai dekat 6 petang!...Penat betul!!! Dengan masalah yg bertimpa2..tapi syukur alhamdulillah..semuanya selesai diuruskan...Ye la, ini first time dapat company yg cover maternity and delivery full..sebelum ni bersalin kat private tapi bayor sendiri. paling kodi pun company bayar half..Hubby kata, ada hikmahnya...bukan senang nak senang...susahnya nak dapatkan GL mudah2an senang aku bersalin...Insyaallah....Doakanlah ye...