Khamis, 30 Jun 2011

Kata-kata anak membuka mata hati

Salam..
Tiba-tiba saya rasa nak tulis kisah ni. Kisah ni berlaku sendiri pada saya.

Kadang-kadang dalam hidup ni, daripada sesiapa pun kita boleh belajar. Termasuklah daripada anak sendiri. Kisah ni berlaku semasa saya menghantar anak ke sekolah. Pertama kali anak bersekolah darjah satu.
Awal2 persekolahan memang teruja betul hantar anak pergi balik. Masa tu memang la saya larat. Hanya 3 bulan je bertahan....Tapi sekarang tak lagi sebab dah sarat..ehem ehem...paham-paham la ye..
Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki, dapatlah kami 2nd car, memandangkan 1st car dah habis bayor..jadi, saya gunakan utk hantar dan ambil anak. Kereta biasa je mpv. Tapi yang menjadikan saya terasa menusuk kalbu ialah bila suatu hari masa balik dari ambil anak dari sek kebangsaan tiba2 dia kata, "ibu, nanti nak hantar sekolah agama jgn guna mpv tu, guna kereta wira ni".
Saya buat mcm tu sbb suami tak da, offshore, jadi memang saya akan tukar2 kereta supaya tak da masalah berkaitan enjin. Biar sentiasa panas,tak lah tersadai berhari2 tak start ke,etc.
Saya pun tanya dia kenapa tak kasi bawak mpv tu. Kan best, besar sket..ada radio,etc..wira tu udah le tak de radio (bila tahun ke -4 start rosak, hubby biar aje tak nak betulkan). Rupanya kata dia dalam kawan2 dia tak da yg hantar dgn keta besar. Laaa....tapi saya tengok ada je mak bapak yg hantar pakai estima  lagi. Tapi bukan kwn dia la tu..mungkin dlm kwn2nya ada keta mpv tapi bila hantar anak depa pakai kancil, dan seangkatan dengannya..
MashaAllah...ada ciri2 zuhud anak aku ni...syukur berkat doa kami. Apa2 pun satu ayat pun dari seorang anak boleh mengajar kita dan jadikan kita insaf..
........................................................................................
Ni kata2 dari anak saya yg sama gak. Dah lama dah masa dia umur 5 tahun.
Suatu hari masa tengah makan, terasa mcm hari nak hujan. Dalam rumah saya pakai blouse lengan panjang tapi biasalah memandangkan byk kerja2 rumah saya sinsing lengan baju. Masa nak keluar tu cepat2 dia turunkan lengan baju saya dulu. Dia kata nape ibu tak turunkan lengan baju. Saya pun kata ala, tak pe kejap je. Orang tak nampak.. "Astaghfirullah"...
Tapi apa dia argue...kalau ada (ternampak) orang baru nak turunkan lengan baju ke...sebenarnya dia tanya tapi pertanyaan itu sendiri yang mengajar saya...MashaAllah nak menitik air mata masa tu...

Kesimpulannya, dari sesiapa pun kita boleh belajar..terima dengan hati terbuka walaupun dari seorang anak kecil..kata2nya yang baik adalah dari Allah sebagai peringatan utk kita..Alhamdulillah..semoga anak2 ku menjadi pemimpin bagi orang bertaqwa..