Rabu, 20 Mei 2009

Aqil dapat hadiah mewarna..Haziq merajuk..

Sempena sambutan hari guru pd 18/5/09 di tadika al-farabi baru2 ni..ada pertandingan mewarna antara murid2 sekolah tu..

Jam 3.00 petang..aqil n haziq balik..biasanya haziq yang terjerit kegirangan..
tapi kali ni, aqil yang kegirangan..dan dia x sabar2 nak tunjuk hadiah yang dia dapat dari cikgu.
Aku sampai x sempat nak buka grill..dan aku pun gembira melayan abangnya hingga terlupa adiknya (haziq) berdiri di tepi kereta kemurungan..
Aku pun pujuk haziq.."kenapa haziq macam sedih jer". Haziq jawab, "Haziq pun colour cantik tapi cikgu x kasi hadiah".
Aku memujuk, "X pe, haziq baru 4 tahun, kecil lagi nanti lama2 Haziq pun boleh dapat hadiah".
Haziq jawab, "X...haziq dah besar.."
Alamak...macam mana nak pujuk dia ni..Bila dah reda sikit, aku pun cepat2 sediakan makanan mereka. Kali ni aku suapkan sebab Aqil sibuk nak buat terus buku yang dia dapat tu..

Sessi makan..
Bila turn haziq aku nak suap, dia x nak..dia baring jer..dengan baju sekolah dah buka tapi seluar x..
rupa2nya merajuk lagi..
Bila dia tunjuk kertas yang dia colour tu, mmmmm....patutlah x menang..x cermat haziq colour,terkeluar2..muka orang tu colour pink.
Tapi aku bagi perangsang..terpaksalah draw semula dan tunjuk dia cara yg betul utk color.
Sambil dia color aku pujuk lagi..sampailah dia nak makan suapan pertama..tapi masih dia membebel.."Haziq color cantik tapi cikgu tu x kasi hadiah"....

MM...barulah aku tahu yang haziq ni semangat n sedaya upaya nak mencapai macam apa yang abang dia dapat..ni lah persaingan anak pertama dengan anak kedua sebab mereka rapat dari segi umur..
ini akan aku hadapi n lalui starts from that day..

Selasa, 19 Mei 2009

cara menghias dinding yang kusam






Saya ingin berkongsi lagi cara mudah menghias dinding bilik anda. Sebagaimana yang saya lakukan, ianya mengambil masa yang singkat sahaja di samping tidak memerlukan modal yang banyak. Apa yang anda perlukan hanyalah:



pensil (untuk melakar bentuk)



berus cat



surat khabar (untuk menutup lantai)



cat (lebihan cat memadai)






Dan ini adalah hasilnya. sudah tentu ia memberikan suasana yang segar dan baru bagi ruang anda.