Isnin, 5 September 2011

Seronok...bila orang2 soleh lawat babyku...

Salam....selamat hari raya eidulfitri..maaf zahir batin

Memandangkan aku melahirkan anak ke-4 betul2 2 hari sebelum puasa..maka proses berpantang memang la kena bulan ramadhan dan masuk syawal sket. Sebulan ramadhan tu memang burn la..sedih betul...tapi semuanya ada hikmahnya..Allah maha hebat dalam perancanganNya..tak pernah aku menyangka akan berpantang dlm bulan ramadhan.

program tadarus di surau al-kausar
2 weeks before deliver, aku berpeluang ikuti program tadarus Al-Quran di surau kawasan rumahku..Alhamdulillah..walaupun dapat ikuti lebih kurang seminggu tapi sangat bermakna lebih2 lagi dlm waktu pregnant. Saat hampir melahirkan tu, jalan pun dah macam pinggu..tapi aku gagahkan jugak sebab tak nak lepaskan peluang keemasan mcm ni..Alhamdulillah program ni dimulakan awal oleh ustazah kami pada hari nisfu sya'ban dan khatam pada hari nuzul quran..(sedih..program nuzul quran tak dapat join..)

Memang rezeki anakku ni, ramai juga kawan-kawan, sahabat yang melawatnya..tapi yang paling seronok tu rezeki dia dilawat oleh ustaz2 yang al-hafiz, ustazah2..Mashaallah..tak pernah aku menyangka semua ni..
Yang kelakar tu, lena betul dia tidur lepas dilawat oleh orang2 soleh..langsung tak bangun nak minum susu mlm tu. Biasanya dia akan bangun atleast sekali la..dlm jam 3-4 pagi mcm tu. Kali ni, jam 6.15 pagi aku bangun tgk dia, aman je tidur..hehe..'kenyang' betul..
muhammad amjad hakim
Teringat kata2 Wardina dalam 'Ini Kisahku' .."bila kita buat perubahan dalam hidup kita ke arah kebaikan atau yang lebih baik, Allah datangkan orang2 baik/orang2 soleh kepada kita"..itu pertolongan Allah..suatu bentuk rezeki tu..dalam post2 saya sebelum ni ada nyatakan setiap penghijrahan ada rezekinya..rasa bahagia betul, seronok, tak tahu nak cakap apa lagi la..bila orang2 soleh melawat babyku. Satu, mereka doakan semasa pegang ubun2 baby, Insyaallah makbul doa..

Mudah2an, jadilah anakku tergolong dalam orang2 soleh..sesuai dengan namanya Muhammad Amjad Hakim (mulia/soleh, bijaksana)..Insyaallah..

Doa untuk diberikan zuriat yang menyenangkan hati.
وَالَّذِيۡنَ يَقُوۡلُوۡنَ رَبَّنَا هَبۡ لَـنَا مِنۡ اَزۡوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعۡيُنٍ وَّاجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِيۡنَ اِمَامًا‏
(surah al-Furqan: 74)
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang bertaqwa"

Wassalam.

Jumaat, 1 Julai 2011

Bukan senang nak senang!

Salam...

Hari ni penuh dengan dugaan!..Bukan senang nak senang!

Lepas ambil report card di sekolah agama anak sulung ku..alhamdulillah..dia bertukar ked dgn kawannya di sek keb..kali ni sek agama dia nombr 2. kwnnya pulak no 1..tak pe persaingan yg sihat..
Lepas je settle hal sek ingat nak balik umah la. Tetiba dapat cal, hubby suruh g ambik GL dari klinik panel pasal esok nak g cek doktor di PMC Bkt Rahman Putra, Sg Buluh. Pergilah dgn anak2 ku 3 org ni...
Alamak..tak boleh la..pasal tak cek kat klinik tu. Tapi panel PM Care minta dari panel dia gak..adoi..
Lepas tu aku dicadangkan pergi sendiri ke Country Homes utk jumpa doc (pemilik klinik) tu di sana. Mudah2an boleh deal. Alamak...on the way tu..anak2 ku tertidur la pulak..semuanya sekali!....mmmm..syukur sampai2 situ betul2 parking depan klinik w/pun side parking tapi aku boleh nampak dari seberang jalan..boleh tinggal kejap dlm keta pasal diaorg baru je tidur..
Dipendekkan cite, tak dapat GL pasal tak cek dgn doc...dah agak dah tapi tak pe, cuba je..pasal PM Care nak mcm tu. Hubby pun bantu uruskan GL dari ofisnya..cal PM Care,etc...nak settlekan hal GL. Dikatakan klinik tu selected panel bukan open panel..pulak dah..kena balik ke kaw umah aku utk ke klinik yg ada open panel. Penat betul....
Aku pun pergi klinik ke 3. Lepas jumpa doc, mcm biasa jawapan sama. GL tak boleh dikeluarkan sbb aku tak cek dgn doc tu. Last2 hubby kata pergi je klinik yg aku selalu cek tu mintak GL. Ok, aku pun pergi klinik ke 4 (klinik yg biasa aku cek pregnant). Budak2 aku tinggal dlm keta pasal anak sulung dah bangun. Dkt 1/2 jam urusan. Kena cek pregnnt mcm biasa..before dapat GL. Rupanya hubbyku kata budak yg dari PM Care tu baru masuk keje..tak faham nak urus situasi. Mungkin masalah ni baru bagi dia. Itu pun lepas hubbyku complain service apa mcm ni masalah customer tak leh selesaikan..akhirnya boleh rupanya guna GL dari mana2 doc.
Alhamdulillah..aku pun cal hubby bila dapat je GL dari doc...bila sampai dekat keta, anakku 2 org dah bangun..depa nak air kotak..aku pun singgah kedai sbb parking betul2 depan kedai...dah lama depa aim air kotak agaknya selama aku dlm klinik...sambil berborak dgn hubby thru hp..tetiba anakku yg sulung dgn yg gegirl ni kuar dari keta. Dia tanya aku "ibu, ada kunci tak?". "Kunci apa?", aku tanya balik? ALAMAK!! aku mengagak sesuatu..DIA KUNCI KERETA!!!!!!!
Anak yg ke 2 ada dlm keta tapi dia tidur!! Tidak!!!! Aku tak panik tapi, memang kena cubit la si abang ni..pandai2 g kunci keta. Nasib ada anak aku kat dalam even dia tido, keta on, air cond function. Aku tak berapa risau. Boleh usaha nak kasi bukak, mintak dia bangun je..
Ramailah org berkerumun nak tolong bangunkan anakku ni...Ada brother ni dgn wife dia, baru balik keje agaknya..dia pun tolong goyang keta..ketuk2 cermin sume..panggil2 nama anak aku....nak tergelak pun ada..wah!!!!makin syok anak aku tido pasal kena goyang keta...mcm kena buai!!!!!! hehe
siap ada kakak kedai halal ni offer keta dia g balik ambik kunci spare. masalahnya kunci umah pun dalam keta...kuang kuang kuang...................dulu biasanya aku simpan kunci keta satu dlm purse. tapi sejak hubby buat double security kat keta tu, lupa nak simpan balik kunci dlm purse...
Uruskan hal GL ni aje dari jam 3 petang sampai dekat 6 petang!...Penat betul!!! Dengan masalah yg bertimpa2..tapi syukur alhamdulillah..semuanya selesai diuruskan...Ye la, ini first time dapat company yg cover maternity and delivery full..sebelum ni bersalin kat private tapi bayor sendiri. paling kodi pun company bayar half..Hubby kata, ada hikmahnya...bukan senang nak senang...susahnya nak dapatkan GL mudah2an senang aku bersalin...Insyaallah....Doakanlah ye...

Khamis, 30 Jun 2011

Kata-kata anak membuka mata hati

Salam..
Tiba-tiba saya rasa nak tulis kisah ni. Kisah ni berlaku sendiri pada saya.

Kadang-kadang dalam hidup ni, daripada sesiapa pun kita boleh belajar. Termasuklah daripada anak sendiri. Kisah ni berlaku semasa saya menghantar anak ke sekolah. Pertama kali anak bersekolah darjah satu.
Awal2 persekolahan memang teruja betul hantar anak pergi balik. Masa tu memang la saya larat. Hanya 3 bulan je bertahan....Tapi sekarang tak lagi sebab dah sarat..ehem ehem...paham-paham la ye..
Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki, dapatlah kami 2nd car, memandangkan 1st car dah habis bayor..jadi, saya gunakan utk hantar dan ambil anak. Kereta biasa je mpv. Tapi yang menjadikan saya terasa menusuk kalbu ialah bila suatu hari masa balik dari ambil anak dari sek kebangsaan tiba2 dia kata, "ibu, nanti nak hantar sekolah agama jgn guna mpv tu, guna kereta wira ni".
Saya buat mcm tu sbb suami tak da, offshore, jadi memang saya akan tukar2 kereta supaya tak da masalah berkaitan enjin. Biar sentiasa panas,tak lah tersadai berhari2 tak start ke,etc.
Saya pun tanya dia kenapa tak kasi bawak mpv tu. Kan best, besar sket..ada radio,etc..wira tu udah le tak de radio (bila tahun ke -4 start rosak, hubby biar aje tak nak betulkan). Rupanya kata dia dalam kawan2 dia tak da yg hantar dgn keta besar. Laaa....tapi saya tengok ada je mak bapak yg hantar pakai estima  lagi. Tapi bukan kwn dia la tu..mungkin dlm kwn2nya ada keta mpv tapi bila hantar anak depa pakai kancil, dan seangkatan dengannya..
MashaAllah...ada ciri2 zuhud anak aku ni...syukur berkat doa kami. Apa2 pun satu ayat pun dari seorang anak boleh mengajar kita dan jadikan kita insaf..
........................................................................................
Ni kata2 dari anak saya yg sama gak. Dah lama dah masa dia umur 5 tahun.
Suatu hari masa tengah makan, terasa mcm hari nak hujan. Dalam rumah saya pakai blouse lengan panjang tapi biasalah memandangkan byk kerja2 rumah saya sinsing lengan baju. Masa nak keluar tu cepat2 dia turunkan lengan baju saya dulu. Dia kata nape ibu tak turunkan lengan baju. Saya pun kata ala, tak pe kejap je. Orang tak nampak.. "Astaghfirullah"...
Tapi apa dia argue...kalau ada (ternampak) orang baru nak turunkan lengan baju ke...sebenarnya dia tanya tapi pertanyaan itu sendiri yang mengajar saya...MashaAllah nak menitik air mata masa tu...

Kesimpulannya, dari sesiapa pun kita boleh belajar..terima dengan hati terbuka walaupun dari seorang anak kecil..kata2nya yang baik adalah dari Allah sebagai peringatan utk kita..Alhamdulillah..semoga anak2 ku menjadi pemimpin bagi orang bertaqwa..

Rabu, 4 Mei 2011

TELEKUNG BERWARNA UNIK

Salam...telekung one piece ala Yemen yang unik juga ada di http://almassolehah.blogspot.com/ Telekung ini datang dalam pelbagai warna. Sangat mudah, ringkas. Senang dibawa ke mana-mana. Free size. Harga berpatutan. Tidak terdapat di tempat lain. Dapatkan segera sebagai salah satu koleksi telekung anda!

Cepat! Layari link di atas untuk melihat koleksi telekung unik ini. Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi terus ke hp saya 012-6651432 (titah).

BLOUSE COTTON DAN BAJU KANAK-KANAK PEREMPUAN

SALAM....

Dapatkan blouse cotton untuk ibu hamil dan blouse cotton biasa di http://almassolehah.blogspot.com/
Dapatkan juga baju kanak-kanak perempuan. Semua koleksi ini adalah terhad (limited stock), jadi dapatkan segera. Harganya amat berpatutan!


untuk mendapatkan pakaian di atas dan banyak corak-corak lain, sila layari http://almassolehah.blogspot.com/ atau sms terus ke 012-6651432 (titah).

Isnin, 28 Mac 2011

Telekung berwarna

Salam...

Telekung berwarna batch seterusnya telah kembali. Untuk maklumat lanjut, terus saja klik di http://almassolehah.blogspot.com/
Telekung-telekung ini jenis sekeping sahaja (one piece). Materialnya daripada cotton. Sangat selesa. Mudah lebih-lebih lagi kalau travel ke sana-sini.
Telekung berwarna ini juga sesuai dijadikan sebagai hantaran kerana terdapat pelbagai pilihan warna yang boleh disesuaikan mengikut tema anda.




















Telekung ini juga amat praktikal untuk ibu-ibu mengandung kerana ianya besar dan selesa. Jadi, tunggu apa lagi, dapatkan telekung yang unik ini segera. Setiap warna ekslusif hanya satu dan terhad di almassolehah.

CEPAT! Dapatkan TELEKUNG UNIK ini segera! TELEKUNG BERWARNA atau TELEKUNG ONE PIECE YEMEN! 
Layari http://almassolehah.blogspot.com/

Rabu, 16 Mac 2011

Selalu ditinggalkan atau meninggalkan?

Salam....

Sudah agak lama tidak menulis di sini. Maaf, agak sibuk menguruskan hal rumahtangga dan kerja-kerja sampingan..di samping tu, belum ada idea nak tulis apa di blog utk dikongsikan..sekarang ada...Insyaallah saya kongsikan...

Anda selalu ditinggalkan? Atau anda sering meninggalkan?..mmm..kalau ditinggalkan tu maknanya pasangan anda selalu kena kerja outstationlah tu..
kalau meninggalkan pulak, anda bekerja dan sering kena outstation..tapi, bukan tertakluk kepada itu saja, ia sangat luas. Contoh lain, anda (suri rumah) ditinggalkan setiap hari sebab, suami pergi kerja, anak-anak pergi sekolah..hehe..itu pun sama saja konsepnya ye..

Samada dalam kedua-dua situasi ini, tentu hati kita merasai berbagai perasaan..sebagai seorang Islam tidak lain, kita hanya perlu berserah kepadaNya (bertawakkal). Yang ditinggalkan tentu banyak tanggungjawabnya lebih-lebih lagi isteri, samada bekerja atau tidak bekerja. Memelihara diri, anak-anak, harta benda suami, etc..Yang meninggalkan juga banyak tanggungjawab..pelihara maruah diri dalam keadaan suami tiada di sisi, tanggungjawab kerja, etc.

Apa sebenarnya yang kita perlu buat dalam keadaan begini? DOA! itulah jawapannya...
Apa doanya utk yang ditinggalkan?      بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ    وَأَلۡقَيۡتُ عَلَيۡكَ مَحَبَّةً۬ مِّنِّى وَلِتُصۡنَعَ عَلَىٰ عَيۡنِىٓ .٣٩



"dan Aku telah melimpahkah kasih sayang yang datang daripadaKu dan supaya diasuh di bawah pengawasanKu"
Doa ini adalah dari surah Toha; ayat 39.
Saya mendapat doa ini beberapa tahun lepas. Pada mulanya saya buat tak tahu saja..sekadar baca dan letak tepi..tak da nak amalkan de....kemudian doa ini datang lagi depan saya..tapi kali ni, dengan penerangan yang membuatkan saya sangat menghargai doa ini..Alhamdulillah..
MashaAllah!..tahukah doa ini adalah ayat ketika mana Allah mengilhamkan kepada ibu Nabi Musa a.s supaya meletakkannya di dalam peti dan melepaskannya ke laut. (Zaman pemerintahan Firaun yg memerintahkan supaya semua bayi yg baru lahir dibunuh kerana takut kuasanya tergugat akan kelahiran seorang manusia yang bakal menandinginya.) Bagaimana perasaan seorang ibu dapat menghadapi dugaan seperti ini. Begitu tabahnya dan dengan tawakkal yang sangat tinggi..

Manakala saat kita meninggalkan, ada doanya juga: "Kuamanahkah pada Allah agamamu, serta amanahmu (keluarga dan harta bendamu) dan semua amalanmu. Dan disampaikan salam kepadamu"

Dalam kehidupan kita juga tidak dapat lari dari keadaan ditinggalkan seperti ini..hanya kepadaNya lah tempat kita bertawakkal. Peganglah kita dengan tali Allah selagi itu kita akan selamat di dunia dan di akhirat Insyaallah. Semoga sama-sama kita dapat mengamalkan doa ini..Insyaallah.