Rabu, 21 April 2010

Kanak2 umur 4 tahun dapat surat cinta!

Salam...
Ni saya nak ceritakan pengalaman saya menghadapi anak yang mendapat surat cinta!

Rasanya ni pertama kali saya mendengar anak2 seawal ini dapat surat cinta! Kisah ni berlaku masa anak saya yang kedua masuk sekolah pra masa tahun 2009. Umur dia baru 4 tahun masa tu! Actually belum 4 tahun sbb lahir bulan 7.

Suatu hari anak saya balik membawa sekeping kertas dalam poket bajunya. Dia siap bagi tahu kertas tu ada girl nama sekian bagi. Saya x da fikir apa2. Sampai satu tahap dia asik belek2 kertas kosong tu dan siap bawak tidur! Barulah saya tergelak dan terkejut sebenarnya.

Keesokkan harinya dia dapat kertas lagi tapi......kertas kali ni berwarna PINK! Kelakar betul gelagat budak2 ni..anak saya dapat 'surat cinta' sampai 3 hari berturut2! Okay x pe, saya fikir x da apa2 efect. Rupanya girl ni anak jiran juga, masa naik van sekolah dia selalu ajak anakku duduk sebelah dia dan dia macam jaga anakku ni..macam kakak jaga adik gitu..

Anak saya ni ada angin sket..i.e moody..kalau time dia x nak makan..payah betul nak pujuk..suatu hari kami makan di luar, anak saya ni dia tgh x da mood. So, dia buat perangai sket..makanan dah order tapi dia x nak makan. Suami pun dah x tau nak pujuk macam mana lagi nih..mcm2 akal di fikiran..tiba2 saya terfikir girl ni..Apa saya buat? Saya pun pujuk dia, "makanlah, nanti bila pergi sekolah esok, cerita dekat 'girl' ni Haziq (nama anakku) makan apa hari ni, (masa tu makan sata dan otok2 di Kemaman) ntah2 dia x pernah makan.. (whatever.. kalau mmg dia makan sata ni hari2...hihi)"
Tahu x apa tindakan anakku ini!!!!!! Dia terus senyum...dan nak makan!!!Alhamdulillah...aku pun kata pd suami, "bang, parah ni..anak kita dah pandai main cinta..." hubby ku senyum je.

Dah beberapa lama lepas tu, suatu hari anakku dah balik dari sekolah, dia bercerita hal kawan2 dia macam biasa, hal sekolah, tiba2 di tersebut satu perkataan yang x elok..aku pun tanya dia dari mana dapat perkataan tu,siapa yang sebut..etc. Dia jawab girl tu..aku pun nasihat anakku ni, bla bla...dia faham kata2 aku..alhamdulillah..

Rupanya anakku dah jarang tegur girl ni di sekolah. Dia banyak diamkan diri. X duduk dekat girl ni lagi..terkejut jugak aku tindakan dia ni. Alhamdulillah di suatu sudut maknanya dia ambil nasihat aku tapi salah cara dia buat tindakan tu..sampai x tegur langsung, larikan diri,etc....

Suatu hari, anakku ternampak girl ni main di padang. (rumahku depan padang) So, dia ala2 menggelupur dalam rumah nak main kat luar. Aku benarkan. Tapi aku intai apa tindakan dia. Abangnya yang x da masalah dengan girl ni, tegur n main basikal sama2. Tapi anakku yang sorang ni, macam x keruan kat padang tu. Ke hulu ke hilir x tahu nak buat apa. Kejap betulkan rambut, kejap lari sana kejap lari sini...Kelakar betul! Baru 4 tahun tu..Aku gelak je tengok gelagat dia dari rumah! Agaknya dia nak main tapi rasa bersalah takut aku marah..Bila dia balik, aku nasihat dia x pe, main boleh tapi kalau dia cakap x elok bagi tahu Haziq x suka kawan cakap x elok..dia punya senyum..suka..rupanya dia salah faham hari tu..ingat ibu kata jangan kawan...

Iktibarnya, selalu pantau tindakan anak, ambil tahu siapa kawan dia, sbb perkataan2 baru masuk rumah kadang2 dari kawan2....

Wallahualam...

Rabu, 7 April 2010

Design Rumah....


Salam...

Maaf kepada rakan2 followers...sorry, lambat update blog..

Banyak urusan terutama anak-anak dan hal ehwal rumah..memandangkan suami sering offshore..

Banyak agenda dalam fikiran tetapi harus diketepikan kerana anak2 lebih membutuhkan diriku..

(cewah..unsur2 bahasa indon gitu)

Kebetulan banyak aktiviti di sekitar tempat tinggalku yang perlu aku bantu demi sebuah tanggungjawab selagi termampu..


Sambil2 tu aku buat kerja freelanceku iaitu design..belum pernah lagi aku publish design2 rumah yang aku buat..atas permintaan beberapa rakan aku publish kan lah. tapi lokasinya and pemiliknya rahsia ye..

hanya sekadar menjamu mata je..kalau berminat bolehlah hubungi ye..


Ini yang latest aku buat..