Sabtu, 6 November 2010

Cabaran hidup dalam berjemaah

Assalamualaikum..
Saya cuma nak cerita pengalaman...ada yang pengalaman saya sendiri, ada juga kisah dari kawan-kawan. Pengajaran yang nak diambil dari akhir penulisan ni.

Tak kira di mana anda berada, pasti ada berada dalam suatu kawasan perumahan. Samada banglo, semi-D, teres, flat, apartment, condominium, etc. Samada gated, guarded, u're bound in that housing area...
Kalau banglo sorang2 dalam hutan tu, x dapek den nak tolong..

Bila kita bercampur dengan jiran tetangga, kenal mereka, maka bermulalah cabarannya...bila kita bercampur dengan masyarakat tempat tinggal kita, inilah berjemaah namanya..Bukan mudah ye..

Masa kecil2 mungkin kita dah didedahkan dengan cara hidup bercampur gaul dengan jiran. Tapi bila makin besar, belajar jauh2, bila kawin bawa hidup sendiri, mula tinggal di apartment, teres etc..
Masih tak berpeluang bergaul dengan masyarakat setempat. Jiran pun jarang2 jumpa.

Selalunya kita akan mula bergaul dengan masyarakat setempat bila dah ada rumah sendiri (bukan rumah sewa). Ada macam2 perangai orang/manusia ni..Yang baik, baik sangat, biasa2, cemburu, jenis tak ambil tahu, dengki khianat, etc. MashaAllah.......Cabaran di tempat kerja pun ada orang macam ni tapi, ia kebanyakannya bersifat sementara. Tapi kalau tempat tinggal, kita dah setuju dgn suami isteri nak settledown in that area, mmmmmmmm dugaan pun bermula...

Orang nak berhati busuk ni bukan kira yang sebaya ada yang jauh lebih tua, atau jauh lebih muda..Kalau macam apartment tu, kita tak nampak sekian-sekian orang naik ke tingkat berapa. Masuk rumah tutup pintu. Kalau macam teres area, semi-D ke, link house ke, menghadap-hadap lagi. Kereta keluar masuk kita nampak, etc...mcm2 lagi la..

Ramai ye jenis manusia yang tak tahu bersyukur dengan nikmat yang dia dapat. Bila nampak orang dapat lebih, mula lah nak sabotaj. Nak dengki. Padahal nikmat yang dia dapat melebihi orang lain yang dia tak sedar sedar lagi tu. Astaghfirullah..............Hallo! Rezeki dia biarlah dia dapat. Kata yang kasar sket (nak bagi paham) Lantak dia lah, nak dapat besar mana rezeki, banyak mana rezeki. Allah berkuasa atas segalanya. Bila sibuk nak tahu berapa banyak sekian2 orang dapat, mulalah hati kita ni cemburu..jadi, eloknya tak payah tahu. kalau tahu pun, tak pe, rezeki dia, rezeki kita cara lain. Mana sama....

Orang yang sempit fikirannya kira ukur rezeki dengan duit je, RM RM RM!. Bukan semunya dalam bentuk RM!!!!! Tak reti ke?!!! Kalau lah setiap orang berusaha membuka 'hijab' (buka mata hati), Insyaallah akan nampak jalan....Rezeki dalam bentuk kesenangan jiwa, tak da penyakit pun rezeki, tak da hutang pun rezeki, itupun tak nampak lagi ke? Kalaulah mati sekarang ni, dengan bawak hati yang BUSUK tu, habislah....

Perkara pokoknya sesiapa yang pernah atau sedang mengalami, jangan kalah dengan keadaan. Gunakan keadaan itu utk kita lebih dekat denganNya. Ni saya nasihat utk diri sendiri gak. Semuanya ada hikmah. Perkara remeh macam ni pun kalau kita nampak hikmahnya, kita tak akan kalah. Yang batil tetap akan lenyap. Kena yakin..Insyaallah...

Ada doa utk menghadapi manusia macam ni...ada saya nyatakan dalam post terdahulu. "Rabbi najjini minal qaumidzoolimin" = Ya Allah aku berlindung dari kaum yang zalim......Ada lagi doa utk elak jiran yang jahat, jiran tu bukan setakat sebelah rumah ye, kena faham tu...dalam kejiranan (kawasan tempat tinggal)....kita yang kena berubah, maksudnya kita jadi lebih dekat denganNya..doa banyak2...doakan orang-orang ituuuuuu...moga diberi hidayah...(walaupun anda geram tapi balaslah dengan berdoa)..INSYAALLAH....macam lagu maher zain, lagu yang dia dapat ilham masa tengah memandu dan sesat jalan...kita pun simbolik lah ni, sesat jalan kehidupan...kembalilah, bukak mata hati....macam lagu maher zain Open Your Eyes.....Memang lagu favourite ku, lagu favourite Maher Zain gak. Melihat nikmat dan kebesaranNya dengan mata hati....

Wallahualam...

Selasa, 26 Oktober 2010

transformasi=hijrah=perubahan

Salam...

Terasa nak berbicara plak..apakah transformasi pernah berlaku dalam hidup anda?

Apakah maksud transformasi?????
Dengan perkataan mudah, hijrah, sesuatu perubahan.

Hijrah ada dua bentuk.
1. Berubah dari suatu keadaan yang tidak baik atau kepada keadaan yang baik.
2. Berubah dari suatu keadaan yang baik kepada keadaan yang lebih baik.

Apa anda pernah membuat penghijrahan dalam hidup?
Syukur alhamdulillah jika pernah. Jika belum pernah, kembalilah ke jalanNya. Masih belum terlambat lagi. Kisah di bawah bukan membuka pekung tapi untuk sama2 mengambil iktibar, yang HIJRAH itu tidak susah...

Saya juga pernah mengalami penghijrahan. Dahulu (zaman remaja) sangat suka mendengar radio, lagu2 yang tidak mengarah ketuhanan semata memuja manusia, mengharap cinta dunia, etc. Membaca majalah hiburan. Boleh kata menunggu2 majalah hiburan setiap bulan. Antara majalah yang paling diminati dulu, GALAXIE, kalau versi M'sia punya, MANGGA, URTV...Masyaallah...setiap hari x da keje, belek majalah tu..nak tahu perkembangan artis barat, tengok fesyen pakaian mereka. (Alhamdulillah tak terpengaruh..cuma seronok2..)
Walaupun solat, tapi tak da pengisian..hanya solat, tak menghayati..
Quran? baca jarang2...dah khatam masa darjah 4, lepas tu baca masa ada majlis tertentu aje..Astaghfirullah....
Tudung? memang pakai tapi macam biskut...kejap ada, kejap tak ada...masa keluar jemur baju tak pakai, masa sekolah menengah pun sama, bila buat persembahan berlakon, uish...cabut tudung..suka betul..ye la ramai yang suka/minat..tak ada pun yang melarang, cuma nyorok2 dari ustaz, ustazah, cikgu yang alim2...(Allah Maha Melihat, Astaghfirullah...)
arwah ayah memang tak pernah berhenti menyuruh yang ma'aruf, melarang yang mungkar..ingat lagi ayat arwah "Fatimah (gelaran arwah), bila nak pakai tudung?" -waktu tu form 3..Alhamdulillah, dikurniakan ayah yang tidak pernah berhenti mengingatkan..

Kalau bab lagu, memang suka la....liriknya, siap tulis,hafal, tampal kat dinding...
masa belajar di A-Level pun sama, tak berubah...radio tak boleh tinggal...nak g belajar 'prep' malam2, bawak radio kecik...hihi

Zaman saya dulu (seingat saya masa darjah enam), pernah saya hadiri majlis ilmu yang diadakan di rumah seorang ustazah..Tazkirah pertama yang saya dapat dahulu ialah, lepas solat jangan tinggalkan selawat. Paling kurang 11x. Insyaallah, banyak hikmahnya. Insyaallah mendapat syafaat Nabi Muhammah s.a.w, murah rezeki, etc..Memang macam 'gam', melekat dalam kepala saya sampai sekarang..semoga Allah berkati Ustaz yang bagi tazkirah tu..

Perubahan berlaku sikit demi sikit..ada yang mcm sedar, ada yang berlaku macam tu saja..Allah Maha Berkuasa..Ibu pernah bagi doa (walaupun ibuku tak alim sangat, tapi ibulah yang selalu menasihati aku, apa2 hal pun aku minta pendapat ibu) "Allahumma alhimni rushdi wa'aizni miynsyarri nafsi" = "Ya Allah berilah daku kecerdasan fikiran dan ilham berfikir dan jauhilah aku dari kelemahan diriku sendiri"
Untuk suatu tempoh masa memang aku amalkan doa ni, lepas tu lupa..

Tapi Alhamdulillah benda2 yang pada aku memang tak elok, aku cuba jauhi..sesungguhnya aku lemah. Dah lah tahu lemah, tak mintak tolong Allah..mana nak dapat petunjuk. Sesungguhnya aku menzalimi diriku sendiri. "Laa ilaa ha illa anta subhaanaka inni kuntu minadzoolimin". Astaghfirullaahal a'dzim. Kawan2 memang antara penyebab utama arah hidup kita. KITA ADALAH SIAPA KAWAN KITA. Kalau nampak agak2 kawan tu mengarah yang tak baik, jauhkan diri..tu aje, x yah sakitkan hati dia..Kalau takut, doalah seperti doa Nabi Musa (Surah Al-Qasas: ayat 21) "Rabbi najjini minal qoumidzolimin" maksudnya "Ya Allah, lindungilah aku dari orang-orang yang zalim" . Teringat kata-kata Prof Dr Muhaya (Pakar Lasik Mata) yang beliau selalu berdoa sebelum keluar rumah, semoga dilindungi dari orang2 yang melalaikan...Doa dan tawakal,lama2 kawan2 kita tahu kita macam mana, kawan tetap kawan, tak jadi musuh.

Allah Maha Melindungi..Semasa di UiTM, ada seorang sahabat yang tiba-tiba dia offer kat aku doa untuk dapat jodoh..nama dia, Sh Nurul Ain, terima kasih, Ain, semoga diberkati. Ye la, waktu tu adalah yang datang offer diri nak kawan la, nak jadikan girlfriend la,etc...(bukanlah ramai sangat..kan...adalah beberapa kerat, padahal sedang berkawan dgn suamiku...). Dugaan la tu, macam2 bentuk orang..Di saat tu Allah buka jalan aku buat istikharah. Amalkan doa dari sahabat "Ya Allah pertemukanlah daku dengan jodoh seorang suami yang baik yang meminangku dan menikahiku serta menjadi teman hidupku di dunia dan di syurga"..) Kalau yang belum kawin, eloklah amalkan doa ni tiap2 kali lepas solat. Mungkin hanya dengan satu perubahan anda istiqomah berdoa, anda mendapat jalan untuk hijrah itu...Ramai yang istiqomah amalkan doa ni, temu jodoh walaupun dah agak berusia, ibu ku minta doa ni utk kawan2 tempat kerjanya yang belum kawin,etc, adikku minta utk kawannya,etc..Masyaallah..Syukur..

Belum tamat lagi penghijrahan ini. Masih belum lengkap lagi sebagai muslimah sejati..Saya orang biasa, tak ada kelebihan apa2, saya bukan ustazah, jika saya boleh buat, anda tentu boleh, ISTIQOMAH berdoa "Ya Allah berilah daku rezeki untuk mencintaiMu, berilah daku rezeki untuk mencintai orang yang mencintaiMu dan berilah daku rezeki untuk beramal agar lebih mencintaiMu". Perubahan boleh dibuat sedikit demi sedikit jika tak mampu.

Titahdesign sedaya upaya membawa perubahan kepada hidup anda...bukan dalam urusan duniawi semata-mata..kita yang 'design' kehidupan kita. "Hasbunallahu wani'mal wakil" = "Cukuplah bagiku Allah sebaik-baik pelindung.."

Wallualam...

Rabu, 22 September 2010

Kisah siapkan baju melayu suami..

Salam...
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.

Lama tidak menulis di titahdesign ini. Sepanjang Ramadhan sibuk dengan perancangan ibadah sendiri dan persiapan menyambut Syawal. Pakaian diri sendiri, anak2 dan suami harus disiapkan sebelum Syawal. Langsir dan yang lain-lain telah awal2 disiapkan iaitu 2 bulan sebelum Ramadhan. Ini untuk tidak mengganggu rancangan yang datang tiba-tiba.

Ini kisahkku siapkan baju melayu....
Daku gembira sbb dapat jahit baju melayu suami buat kali pertamanya! Alhamdulillah....
proses cantum valcrum (pelekat keras) dengan fabrik. kena gosok dan jelujur..leceh betul...
Leceh betul nak cantum leher tu. Ilmu yang diajar mertua tahun lepas baru nak cuba apply. Itupun belajar tak habis. Bab cantum leher ni x sempat belajar pasal aku dah nak balik rawang.
Demi semangat nak siapkan, aku pun ambik baju melayu lama suami,belek punya belek sampai pening.. nak tetas pulak, takut rosak baju.

proses jelujur masukkan kain yg lebih ke bahagian dalam
Pendekkan cerita, dah berjaya jelujur, tetiba.....arghhhhh...leher tak bertemu!!!...
Apalagi..aku pun tetas balik...pendekkan cerita lagi, kena tetas sampai 3 kali baru bertemu hujung leher..
Habis bab cantum leher, nak jahit lubang butang plak. Mesin aku ni boleh jahit lubang butang tapi..mata jahitannya besauuuu...buruk lah jadinya kalau kena pada bj melayu.
Aku pun pergi pusing Medan Puteri, Bandar Country Homes...dah la lagi 2 hari nak raya!.....
Kedai banyak dah tutup! ada yang tak jahit lubang butang!...akhirnya aku nekad jahit tangan je...

Akhirnya, berjaya jugak aku siapkan baju melayu hubbyku....Alhamdulillah...Syukur sangat...

Sabtu, 7 Ogos 2010

ABAYA ARAB di AlmasSolehah!

Salam...

Dijemput melawat http://almassolehah.blogspot.com/ untuk melihat koleksi terbaru abaya yang didatangkan khas dari Arab Saudi untuk koleksi Ramadhan atau Syawal anda...

Isnin, 26 Julai 2010

Atasi sifat takut anak

Salam....

Lama tak menulis...sibuk hal anak2, designing, menjahit..etc..

Kisah kali ni ialah bagaimana nak membantu mengurangkan rasa takut anak anda. Ataupun hilangkan terus...
Masalah ni saya alami sendiri..anak pertama saya ni penakut sikit. Nak pergi bilik air nak kena teman. Nak naik atas nak kena teman..pendek kata nak berteman je la..tapi suka tengok citer ultraman,segala macam raksasa ada dalam tu..
Mula2 saya marah, agaknya ada raksasa colour2 tunggu kat bilik air ke macam dlm tv tu...
Saya jumpa dengan ustazah di sekolah pra tahfiznya..macam mana nak atasi masalah takut dia ni. Ustazah tu mencadangkan supaya dia takbir atau azan selalu dalam rumah.
Saya pun tak sabar nak praktikkan dalam rumah. Bila tiba masa dia nak kena naik atas cari baju, dia mula nak panggil adik girlnya yg kenit. Saya pun mencelah..suruh dia pergi sendiri dan minta dia takbir. Akhirnya dia berjaya pergi sendiri sambil bertakbir. Alhamdulillah.....

Belum selesai lagi..mungkin ambil masa...tak pe, sejak hari tu, memang dia dah berani sikit naik atas sambil bertakbir...Mashaallah...apa2 pun berbalik kepada Yang Esa....

Rabu, 23 Jun 2010

Bagaimana sifat memberi membantu membersih jiwa

Salam semua...

Ada satu rancangan tv yang bakal menjadi bahan tontonan favourite saya selepas di beritahu oleh seorang rakan. Rancangan itu adalah Nanny 911 di ntv7. Rancangan ini sangat bagus sbb banyak parenting tips.

Pertama kali menontonnya sudah dapat belajar sesuatu. Alhamdulillah.

Bagaimana seorang wanita menjaga 23 orang anak2 kurang upaya bersama suami yang kurang upaya! Mashaallah....
Apa yang menariknya wanita ini tidak pernah marah,tengking atau pukul anak2 ini. Sebaliknya dia sentiasa melayan dengan sabar setiap permintaan anak2 ini. Pada sessi temuramah, dia berkata umurnya 40 tahun. Saya melihatnya sepuluh tahun lebih muda atau lebih muda lagi.

Dia mencabar rancangan Nanny 911 ini utk ke rumahnya dan menyelesaikan masalah dia. Dia tidak pernah berehat, apa lagi bercuti!

Di pendekkan cerita memang nanny 911 ini berjaya menyelesaikan masalah wanita ini.

Apa yang saya nak kupas di sini, wanita ini sangat kental jiwanya. Sabar dengan kerenah anak2 nya. Sebenarnya 23 orang kanak2 ini bukan anaknya tetapi anak kurang upaya yang ditinggalkan ibu bapa. Dia menyerahkan seluruh hidupnya utk mendidik, membesarkan anak2 ini.

Dia sentiasa MEMBERI. Kerenah anak2 ini tidak pernah berhenti. Ada bergaduh serentak 3 keadaan lah, tetapi dia menyelesaikan satu persatu. Setiap kali sessi makan, dia sediakan menu atas permintaan. Mashaallah! Dia sediakan seorang diri!  Dah macam Iron chef plak! tapi iron chef ada assistant.

Bila tiba bab membasuh, berpuluh kali cucian! Dia juga buat sorang2! Bila bab melipat, apa lagi! Lepas tu lepas dia settle hal2 budak2 ni, suaminya yang kurang upaya plak dia settle! Pendek kata memang dia x pernah berhenti. Bila anak2 kesedihan dia sentiasa ada untuk memeluk dan memberi semangat. Kelebihan yang nyata anak2 ini sentiasa dalam keadaan motivated walaupun mereka kurang upaya sehingga kan 3 orang nanny yang didatangkan terpegun dengan mereka. Anak2 ini seperti kanak2 biasa saja.

Kesimpulannya, memberi itu membersih jiwa. Dalam bentuk apa sekalipun. Apa yang ada pada kita. Jika tidak mampu dengan wang, ada lagi yang lain. Kudrat kekuatan, akal fikiran, motivasi, senyuman, doa, etc. Banyak lagi. Saya berpesan kepada diri saya sendiri, sentiasa cari apa yang boleh diberi...Sentiasa dalam keadaan memberi menjernihkan minda, mata hati, menjernihkan wajah, menguatkan badan.

Sabtu, 15 Mei 2010

TELEKUNG ONE PIECE YEMEN

Assalamualaikum..

SILA LAWATI http://almassolehah.blogspot.com untuk maklumat terkini produk telekung one piece.


Ini adalah percubaan pertama saya dalam perniagaan internet. Saya menjual 'telekung one piece ala-ala Yemen' . Telekung ini sangat baru di Malaysia. Kainnya dibuat dari material cotton. Terdapat banyak pilihan warna. Material ada sedikit berbeza mengikut warna benang.

Ada poket dihadapan telekung. Sesuai untuk semua.

Terdapat juga saiz untuk kanak-kanak berumur 4-6 tahun, juga 7-12 tahun. Tiada stok buat masa ini. Walaubagaimanapun boleh order, Insyaallah akan dipenuhi dalam waktu terdekat.

Harga RM 80.00 sahaja tidak termasuk kos penghantaran. (RM2.00 dari harga ini akan disumbangkan untuk pembangunan Surau Al-Kausar, Bandar Tasik Puteri,Rawang. Semoga mendapat barakah.)












Kod warna: Dark green (1 available)












Kod warna: Light beige (sold to zaimah.tq)
















Kod warna: Light blue (1 available)

















Kod warna: Brown (1 available)

Warna-warna lain seperti maroon, light pink,blue turquoise, olive green, very black, white, grey juga ada. Ia tiada stok pada saya. Jika ada permintaan akan dipenuhi Insyaallah dalam waktu terdekat.

Cara bayaran: Maybank (162021036087) di atas nama Muhamad Salmi Bin Md Said.
Cara penghantaran: Pos Ekspress: RM5.00
Pos Laju: Semenanjung RM7.00, Sabah & Sarawak RM8.00

Sesiapa berminat, sila hubungi:
email : ntitah78@yahoo.com
sila sertakan :
1. Nama
2. No. Hp
3. Kod warna dan bilangan
4. Cara penghantaran
5. Alamat

Untuk immediate reply sila hubungi terus hp saya : Titah-0126651432


Sekian. Selamat membeli.

Rabu, 21 April 2010

Kanak2 umur 4 tahun dapat surat cinta!

Salam...
Ni saya nak ceritakan pengalaman saya menghadapi anak yang mendapat surat cinta!

Rasanya ni pertama kali saya mendengar anak2 seawal ini dapat surat cinta! Kisah ni berlaku masa anak saya yang kedua masuk sekolah pra masa tahun 2009. Umur dia baru 4 tahun masa tu! Actually belum 4 tahun sbb lahir bulan 7.

Suatu hari anak saya balik membawa sekeping kertas dalam poket bajunya. Dia siap bagi tahu kertas tu ada girl nama sekian bagi. Saya x da fikir apa2. Sampai satu tahap dia asik belek2 kertas kosong tu dan siap bawak tidur! Barulah saya tergelak dan terkejut sebenarnya.

Keesokkan harinya dia dapat kertas lagi tapi......kertas kali ni berwarna PINK! Kelakar betul gelagat budak2 ni..anak saya dapat 'surat cinta' sampai 3 hari berturut2! Okay x pe, saya fikir x da apa2 efect. Rupanya girl ni anak jiran juga, masa naik van sekolah dia selalu ajak anakku duduk sebelah dia dan dia macam jaga anakku ni..macam kakak jaga adik gitu..

Anak saya ni ada angin sket..i.e moody..kalau time dia x nak makan..payah betul nak pujuk..suatu hari kami makan di luar, anak saya ni dia tgh x da mood. So, dia buat perangai sket..makanan dah order tapi dia x nak makan. Suami pun dah x tau nak pujuk macam mana lagi nih..mcm2 akal di fikiran..tiba2 saya terfikir girl ni..Apa saya buat? Saya pun pujuk dia, "makanlah, nanti bila pergi sekolah esok, cerita dekat 'girl' ni Haziq (nama anakku) makan apa hari ni, (masa tu makan sata dan otok2 di Kemaman) ntah2 dia x pernah makan.. (whatever.. kalau mmg dia makan sata ni hari2...hihi)"
Tahu x apa tindakan anakku ini!!!!!! Dia terus senyum...dan nak makan!!!Alhamdulillah...aku pun kata pd suami, "bang, parah ni..anak kita dah pandai main cinta..." hubby ku senyum je.

Dah beberapa lama lepas tu, suatu hari anakku dah balik dari sekolah, dia bercerita hal kawan2 dia macam biasa, hal sekolah, tiba2 di tersebut satu perkataan yang x elok..aku pun tanya dia dari mana dapat perkataan tu,siapa yang sebut..etc. Dia jawab girl tu..aku pun nasihat anakku ni, bla bla...dia faham kata2 aku..alhamdulillah..

Rupanya anakku dah jarang tegur girl ni di sekolah. Dia banyak diamkan diri. X duduk dekat girl ni lagi..terkejut jugak aku tindakan dia ni. Alhamdulillah di suatu sudut maknanya dia ambil nasihat aku tapi salah cara dia buat tindakan tu..sampai x tegur langsung, larikan diri,etc....

Suatu hari, anakku ternampak girl ni main di padang. (rumahku depan padang) So, dia ala2 menggelupur dalam rumah nak main kat luar. Aku benarkan. Tapi aku intai apa tindakan dia. Abangnya yang x da masalah dengan girl ni, tegur n main basikal sama2. Tapi anakku yang sorang ni, macam x keruan kat padang tu. Ke hulu ke hilir x tahu nak buat apa. Kejap betulkan rambut, kejap lari sana kejap lari sini...Kelakar betul! Baru 4 tahun tu..Aku gelak je tengok gelagat dia dari rumah! Agaknya dia nak main tapi rasa bersalah takut aku marah..Bila dia balik, aku nasihat dia x pe, main boleh tapi kalau dia cakap x elok bagi tahu Haziq x suka kawan cakap x elok..dia punya senyum..suka..rupanya dia salah faham hari tu..ingat ibu kata jangan kawan...

Iktibarnya, selalu pantau tindakan anak, ambil tahu siapa kawan dia, sbb perkataan2 baru masuk rumah kadang2 dari kawan2....

Wallahualam...

Rabu, 7 April 2010

Design Rumah....


Salam...

Maaf kepada rakan2 followers...sorry, lambat update blog..

Banyak urusan terutama anak-anak dan hal ehwal rumah..memandangkan suami sering offshore..

Banyak agenda dalam fikiran tetapi harus diketepikan kerana anak2 lebih membutuhkan diriku..

(cewah..unsur2 bahasa indon gitu)

Kebetulan banyak aktiviti di sekitar tempat tinggalku yang perlu aku bantu demi sebuah tanggungjawab selagi termampu..


Sambil2 tu aku buat kerja freelanceku iaitu design..belum pernah lagi aku publish design2 rumah yang aku buat..atas permintaan beberapa rakan aku publish kan lah. tapi lokasinya and pemiliknya rahsia ye..

hanya sekadar menjamu mata je..kalau berminat bolehlah hubungi ye..


Ini yang latest aku buat..

Rabu, 27 Januari 2010

Kids room in the making

Cara2:
1. Mula-mula buat design atas kertas
2. Dapatkan masking tape dan lekatkan pada satu hujung.
3. Kemudian tarik sehingga ke hujung yang dikehedaki.
4. Ulangi mengikut design anda.



As my 1st son turns 7 next year, while 2nd turns 6, I decided to separate them away from sleeping in myroom. In Islam it's really good to teach children at 7 to sleep at their own room.
So, for the time being, I put some colours to the wall. And the design was from me with some ideas from my kids too. Still looking for suitable furniture to be transfered into the room. Found some at IKEA as usual..Well, I still have 11months to go (still got ample time to survey).

5. Sediakan cat dalam 2 warna.
6. Kemudian bancuh campuran cat dari dua warna tadi untuk dapatkan warna ketiga.
7. Cat dan buat selang seli mengikut design anda..
Mudah bukan...jika tidak mempunyai masa, buat kerja menampal masking tape pada hari pertama. Dan sambung kerja mengecat pada hari kedua. Kerja menampal masking tape mengambil masa hanya dalam 15-30minit bergantung kecekapan.
Sebenarnya makeover wall ni saya buat hujung tahun 2009...