Rabu, 22 September 2010

Kisah siapkan baju melayu suami..

Salam...
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.

Lama tidak menulis di titahdesign ini. Sepanjang Ramadhan sibuk dengan perancangan ibadah sendiri dan persiapan menyambut Syawal. Pakaian diri sendiri, anak2 dan suami harus disiapkan sebelum Syawal. Langsir dan yang lain-lain telah awal2 disiapkan iaitu 2 bulan sebelum Ramadhan. Ini untuk tidak mengganggu rancangan yang datang tiba-tiba.

Ini kisahkku siapkan baju melayu....
Daku gembira sbb dapat jahit baju melayu suami buat kali pertamanya! Alhamdulillah....
proses cantum valcrum (pelekat keras) dengan fabrik. kena gosok dan jelujur..leceh betul...
Leceh betul nak cantum leher tu. Ilmu yang diajar mertua tahun lepas baru nak cuba apply. Itupun belajar tak habis. Bab cantum leher ni x sempat belajar pasal aku dah nak balik rawang.
Demi semangat nak siapkan, aku pun ambik baju melayu lama suami,belek punya belek sampai pening.. nak tetas pulak, takut rosak baju.

proses jelujur masukkan kain yg lebih ke bahagian dalam
Pendekkan cerita, dah berjaya jelujur, tetiba.....arghhhhh...leher tak bertemu!!!...
Apalagi..aku pun tetas balik...pendekkan cerita lagi, kena tetas sampai 3 kali baru bertemu hujung leher..
Habis bab cantum leher, nak jahit lubang butang plak. Mesin aku ni boleh jahit lubang butang tapi..mata jahitannya besauuuu...buruk lah jadinya kalau kena pada bj melayu.
Aku pun pergi pusing Medan Puteri, Bandar Country Homes...dah la lagi 2 hari nak raya!.....
Kedai banyak dah tutup! ada yang tak jahit lubang butang!...akhirnya aku nekad jahit tangan je...

Akhirnya, berjaya jugak aku siapkan baju melayu hubbyku....Alhamdulillah...Syukur sangat...