Isnin, 5 September 2011

Seronok...bila orang2 soleh lawat babyku...

Salam....selamat hari raya eidulfitri..maaf zahir batin

Memandangkan aku melahirkan anak ke-4 betul2 2 hari sebelum puasa..maka proses berpantang memang la kena bulan ramadhan dan masuk syawal sket. Sebulan ramadhan tu memang burn la..sedih betul...tapi semuanya ada hikmahnya..Allah maha hebat dalam perancanganNya..tak pernah aku menyangka akan berpantang dlm bulan ramadhan.

program tadarus di surau al-kausar
2 weeks before deliver, aku berpeluang ikuti program tadarus Al-Quran di surau kawasan rumahku..Alhamdulillah..walaupun dapat ikuti lebih kurang seminggu tapi sangat bermakna lebih2 lagi dlm waktu pregnant. Saat hampir melahirkan tu, jalan pun dah macam pinggu..tapi aku gagahkan jugak sebab tak nak lepaskan peluang keemasan mcm ni..Alhamdulillah program ni dimulakan awal oleh ustazah kami pada hari nisfu sya'ban dan khatam pada hari nuzul quran..(sedih..program nuzul quran tak dapat join..)

Memang rezeki anakku ni, ramai juga kawan-kawan, sahabat yang melawatnya..tapi yang paling seronok tu rezeki dia dilawat oleh ustaz2 yang al-hafiz, ustazah2..Mashaallah..tak pernah aku menyangka semua ni..
Yang kelakar tu, lena betul dia tidur lepas dilawat oleh orang2 soleh..langsung tak bangun nak minum susu mlm tu. Biasanya dia akan bangun atleast sekali la..dlm jam 3-4 pagi mcm tu. Kali ni, jam 6.15 pagi aku bangun tgk dia, aman je tidur..hehe..'kenyang' betul..
muhammad amjad hakim
Teringat kata2 Wardina dalam 'Ini Kisahku' .."bila kita buat perubahan dalam hidup kita ke arah kebaikan atau yang lebih baik, Allah datangkan orang2 baik/orang2 soleh kepada kita"..itu pertolongan Allah..suatu bentuk rezeki tu..dalam post2 saya sebelum ni ada nyatakan setiap penghijrahan ada rezekinya..rasa bahagia betul, seronok, tak tahu nak cakap apa lagi la..bila orang2 soleh melawat babyku. Satu, mereka doakan semasa pegang ubun2 baby, Insyaallah makbul doa..

Mudah2an, jadilah anakku tergolong dalam orang2 soleh..sesuai dengan namanya Muhammad Amjad Hakim (mulia/soleh, bijaksana)..Insyaallah..

Doa untuk diberikan zuriat yang menyenangkan hati.
وَالَّذِيۡنَ يَقُوۡلُوۡنَ رَبَّنَا هَبۡ لَـنَا مِنۡ اَزۡوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعۡيُنٍ وَّاجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِيۡنَ اِمَامًا‏
(surah al-Furqan: 74)
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang bertaqwa"

Wassalam.