Jumaat, 12 Jun 2009

Tips Luaskan Ruang Dapur..



Ada di antara kita yang memiliki dapur yang luas dan besar. Namun tidak kurang juga yang mempunyai dapur yang sederhana besar ataupun perkataan lain keluasan terhad la..
Ada di antara kita yang memiliki keluasan dapur berukuran 1.8m x 1.6m. Mmmmm..kategori kecil tu..Di sini saya nak beri contoh apa yang saya buat untuk menampakkan ruang dapur kelihatan besar dan selesa..
Dapur saya berukuran 2.7m x 3.4m. Pada pandangan saya masa nak buat renovation, mmm...memang x muat nak letak semua electrical appliances yang saya ada...x da la banyak sangat..yang penting2 je..
Antara yang penting ialah:-
1. membuat meja yang hanya boleh digunakan ketika perlu dengan sistem engsel atau laci tersembunyi..jangan risau meja seperti boleh didapati di IKEA...
2. material dan warna juga mestilah yang menarik dan mudah dibersihkan..antara aspek lain ialah mesti tahan panas, tahan air..
3. hud dapur jangan dilupakan memandangkan aktiviti memasak selalu dilakukan dan ruang dapur kecil..
4. bersihkan ruang dapur setiap kali selesai memasak dan susun kembali peralatan agar nampak kemas..
5. pilih meja yang berbentuk bersegi kerana menjimatkan ruang dan kalau boleh,jangan beli perabot yang berbentuk bulat atau oval.
6. perabot yang bertroli (boleh ubah) juga bagus kerana ianya boleh ditolak dan diletakkan di tempat tertentu jika tidak diperlukan..

ok..sampai sini dahulu..nantikan banyak lagi tips dan kerja2 tangan yang boleh dibuat sendiri di rumah..

1 ulasan:

  1. salam,

    meja lipat ke dinding tu ada kat IKEA ke ?

    jauhnye nak pegi ..huhu

    BalasPadam