Khamis, 3 Disember 2009

nasihat Luqman Al-Hakim

Luqman Al-Hakim adalah seorang tokoh yang diberi hikmah oleh Allah. Hikmah adalah ketepatan berbicara, ketepatan berfikir dan ketepatan bertindak.

Nabi Muhammad s.a.w berkata yg bermaksud "Pernah suatu masa Luqman menasihati anaknya,'anak kesayanganku,hindari memakai topeng kerana itu akan menakutkan pada waktu malam dan dicela pada waktu siang'."

Antara nasihat Luqman:
a: mengenai sifat tamak, rakus dan marah
Sifat tamak dan rakus menjauhkan sesuatu yang sudah dekat dan menghilangkan hikmah yang dah ada di hati. Jauhi kemarahan berlebihan kerana ia merosakkan hati orang bijak.
b: mengenai hidayah, akhlak dan bersendirian
Hidayah adalah pemimpin terbaik. Akhlak yang bagus adalah teman terbaik dan bersendirian lebih baik dari mempunyai teman yang jahat.
c: mengenai orang alim
Orang yang melihat aibnya sendiri maka dia akan melalaikan aib orang lain.
Orang yang terlepas dari pakaian taqwa maka tidak ada sesuatu pun yang menutupinya.
Orang yang membuka aib orang lain maka aibnya sendiri akan terbuka.
Orang yang memandang remeh agama maka dia akan berada dalam kehancuran.
Orang yang tidak tahu kedudukan tapak kakinya maka dia akan menuju kehancuran.
Orang yang takut pada Allah maka dia akan meraih kemenangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan