Isnin, 6 April 2009

cara-cara membuat pizza


Bahan-bahan membuat rotinya:

200 gm tepung roti

1 sudu gula

1 sudu kecil yis

125ml air suam

sedikit garam

1 sudu butter

1 sudu susu tepung

Caranya:

1. Yis tadi dicampur ke dalam air suam dan biar seketika.

2. Semua bahan dicampur dan diuli sebati. Biarkan selama 45-60mins dan tutup dengan kain lembap.

3. Canai doh setebal 0.5cm dan cucuk dengan garfu doh tersebut.

4. Bakar pada suhu 200.C selama 12-15mins.



Topping:

2 keping dada ayam

2 ulas bwg putih

serbuk lada sulah

mayonis

sos cili dan sos tomato/tomato puree

cheese (shredded cheese atau cheddar cheese pun boleh)

mixed vegetable

mixed herbs/oregano

black pepper

option:(untuk nak lagi sedap kalau x da, x per)

capsicum

bawang kuning

nenas yang di dadu

daun ketumbar

caranya:

1. Masukkan 1 sudu minyak dalam kuali dan goreng bawang putih hingga kekuningan.

2. Masukkan isi ayam yang dicincang.

3. Masuk garam + lada sulah.

4. Sapu pizza dengan mayonis kemudian sos cili, soso tomato. Ratakan.

5. Taburkan ayam goreng, kemudian mixed vege/herbs atau mushroom atau nenas yang didadu.

6. Taburkan cheese. Jika guna cheddar cheese, potong2 dan tabur.

7. Bakar 200.C selama 8-10mins.

8. Hidang panas2....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan