Isnin, 6 Julai 2009

Baby's day out..

Pada 8hb Jun yg lepas, oleh kerana ayahnya dapat cuti setelah pulang dari pelantar minyak, kami sekeluarga beriadah bersama di Klcc Park. Saya memang suka membawa anak-anak ke sini sebab terdapat banyak permainan di samping tempatnya yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi untuk kanak-kanak.
Pada asalnya saya dan suami merancang membawa anak-anak bermandi-manda di kolam mandi kanak-kanak yang terdapat di sini, tetapi ianya ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Walaubagaimanapun anak-anak saya tetap gembira kerana dapat bermain bersama di taman ini.

Inilah cahaya mata saya. 'Kids in red outing'..Bukan apa,senang nak cam anak-anak dari jauh..
Gambar yang pertama ni, puteri pertama dari 3 beradik, Nur Almas Nuha 1 tahun 3 bulan. "Janganlah tinggalkan saya atas ni seorang diri", mungkin itu yang nak diucapkannya sebab mukanya macam takut je.
Gambar kedua adalah abang-abangnya yang berusia 5 tahun dan 4 tahun.
Gambar ketiga Nuha sedang menghayati ayunan buaian itu..
Wah..gembiranya dia..Di sini saya senang hati membiarkan anak saya bebas berlari kerana ciri-ciri keselamatannya amat dipercayai.





Di samping itu, permainan yang disediakan menguji daya kreativiti dan juga kekuatan fizikal. Seronok betul dia bermain..
Di sini, kita boleh lihat sejauh mana keberanian anak kecil kita dalam bermain..dalam gambar di atas ni, dia sedang cuba nak lalu atas penutup longkang tu..sebelum tu dia jenguk kedalaman longkang tu..''boleh lepas ke tak ni?", mungkin kata hati dia.
Amboi, gembiranya si kecil ni..konon-konon duduk dalam rumah kecil macam main pondok-pondok!





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan