Rabu, 30 Disember 2009

kisahku berhenti kerja...jadi suri rumah

Allah Maha Besar, Allah Maha Hebat, Allah Maha Pemurah, Allah Maha Kaya...
Inilah antara ungkapan yang aku nak gambarkan betapa bersyukurnya aku dgn nikmatnya..kunci lainnya, taat pada suami walaupun sesuatu permintaan itu sukar utk kita buat..selagi tak melanggar perintah Allah,ikut.

Memang x dinafikan,at first aku berhenti sgt susah nak kawal perasaan,emosi dll..ye la dulu belajar susah2 course architecture (life budak arch ni,mmg biasa x tido mlm..tido kat studio..kat opis tido bawah meja..etc) end up x kerja..aku mengomel tiap2 hari. At that time, ikut suami pindah ke Kemaman, dia dpt job kat sana. Itu belum campur berendam air mata lagi..dah la dok ngadap hutan (even condition of the house sgt ok..)dgn x da kwn lagi..x leh nak jalan2 sendiri..x da shopping complex..fuh..mencabar minda! Bertambah pulak dugaan family..dua2 family x suka aku x kerja..berendam air mata lagi..ditambah pulak aku pregnant 2nd at that time..Mashaallah..

Syukur, suami aku mmg memahami jiwa aku..hari2 balik kerja bawak g jalan w/pun x da shopping mall..g pantai,mkn sata,otok2 etc. Syarat aku minta kalau x kerja, aku nak bersalin di private hosp (sama keadaan masa aku kerja dulu) memandangkan aku jenis byk songeh masa nak bersalin..masa cek pregnant x da masalah langsung. Alhamdulillah..demi nak melegakan jiwaku yg kacau ni..mostly every week kami pergi kuantan..kat sana byk sopping mall..hehe..hujung bulan balik kl..2 or 3 bln balik kedah..
Kerjaya aku x mati kat situ,suami tolong cari network supaya aku boleh buat freelance kat rumah. Mmm..memang syukur..Allah Maha Mengetahui..selagi kita patuh perintah suami selagi tu ada keberkatan..aku dapat byk job design rumah,even commercial building pun..

Dulu time aku kerja,beberapa kali gak suamiku g kerja dgn baju x gosok (kes overnight kat opis)..ish3x..byk tul prob..x terurus rumahtangga aku. Belum masuk kes anak lagi, time tu br anak sorang..

Tahun pertama aku kt sana aku dapat kumpul hampir rm3k..x campur suami bagi elaun bulanan, kad kredit, bonus yearly, masalah duit hutang Mara hubbyku bayor..hehe..berkat kesabaran menangani kerenah dari pelbagai pihak termasuk jiwaku..berperang dengan hawa nafsu sangat susah..kebanyakan kita kerja sbb nak duit, boleh fullfill kehendak beli-belah,keinginan itu dan ini..termasuk la aku. Tapi belajar 'redha' sangat membawa byk perubahan dlm hidup. 'Tawakal' pd Allah dgn berserah sepenuhnya jiwa raga.
"Dan Allah berkuasa terhadap urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya." (Surah Yusuf:21)

Ramai yang kata kalau x kerja, x da duit sendiri, nak mintak suami susah..etc..rugi,belajar lama2 x kerja lah..Suami nasihat, belajar utk cari ilmu..x semestinya end up dgn bekerja..patuh pada suami byk faedahnya..w/pun untold kenapa suruh aku berhenti..aku kena muhasabah diri,byk kebaikan dari keburukan..w/pun kerja suatu ibadah,tapi kalu aku g kerja di kelilingi lelaki je, (bidang arch mmg ramai lelaki) paham2 je la..

Rupanya, memang ada rezeki utk aku..tahun ke2 di Kemaman,aku dpt projek buat design layout commercial, alhamdulillah. dapat 3k.
Lepas tu ada dugaan lagi disaat aku sibuk2 tu, 'terpregnant' la pulak..Astaghfirullah..aku x boleh terima waktu tu..dgn anak ke2 baru 6 mths..suami kasi semangat, aku menangis sehari semlm..sbb rasanya x mampu nak jaga,dugaan kedua2 family lagi,mcm2 dlm benak aku..lepas beberapa hari suami bg tarbiyah, aku redha lagi..tawakal..teruskan misi at least satu surah setiap hari utk baby (at least tu..,mmg buat misi ni setiap kali start pregnnt) #contoh surah yang bagus semasa pregnnt: Surah Maryam,Surah Luqman,Surah Yusuf,Surah Yaasin dan byk lagi kalau rajin..

Kuasa Allah, hampir 12wks aku miscarriage..redha lagi..kwn2 hubby (ofismate perempuan) dtg kasi semangat,kwn2 call kasi motivation..tapi aku heartless time tu (sbb syukur Allah Maha Luas Kurniaan dan NikmatNya).
Lepas je kes ni, aku dapat berita yg paling gembira dlm hidup..aku menang sebijik motor Yamaha 135! Hadiah utama pulak tu! Mashaallah..Mcm x caya dpt call dari Pasaraya Nirwana! Peristiwa kelakar masa nak ambik hadiah, sorang Cina lelaki borak dgn hubbyku katanya "motor tu perempuan yg menang oo". Suami aku gelak je (dlm hati: bini aku la..). Teka amount gula2 dlm bekas. X sangka usaha aku kira tepat (mmg sgt suka Maths n cabar diri kira gula2 tu, sampai pukul 2 pagi aku buat calculation, ukur gula2 tolak anggaran udara lagi..pas tu tembak amount lebih kurang nombor cantik sket).Total harga motor tu lebih kurang rm6k+.

Tepat 2 thn aku dok kemaman..w/pun byk dugaan, pengakhirannya mmg manis..Allah Maha Hebat. Suami dpt call dari bos lama ajak masuk company dulu n boleh balik kl..yahoo!! Kami duduk di Bandar Tasik Puteri rumah yg kami beli tahun 2003. Kalaulah kami x duduk kemaman, tentu duduk sini dlm keadaan x ramai org..tentu lagi boring,sunyi.. Subhanallah..waktu kami pindah rumah ni, orang dah ramai sket..jemaah surau ramai..seronok.Suami join jemaah surau,byk aktiviti, kenal ramai jiran..mmm seronok sangat. Aku ikuti kelas agama kat sini, aktiviti bacaan Yaasin rumah ke rumah 2x sbln. Aku dah x boring dan mengomel or muncung lagi mcm dulu.

Setiap hari aku bersemangat, berpagi2, berdoa semoga urusan lancar setiap hari. W/pun suami selalu kena pergi offshore, aku x kisah. (Dulu masa di Kemaman suami memang ada hari2)..x pe..Sayang isteri ditinggal-tinggalkan..Setiap keadaan aku ambil positif, aku x merenung negatifnya atau layan boring tapi aku hadapi dengan penuh tawakal..kat sini aku sambung buat kerja freelance..w/pun x sehebat dapat selepuk mcm dulu, aku seronok. At least aku dpt buat mcm2..kadang2 jiran or kwn2 aku bg kerja typing buku, surat..sekali buat dapat beberapa ratus..bolehla..Kalau rasa boleh handle kids, aku ambil job kalau rasa2 x boleh, aku tolak. Pernah ada job offered rm2k tapi aku tolak, msti nak kena commit...x sanggup, kesian anak2.

Kepada kawan2 atau sesiapa yang dah tinggalkan kerjaya, atau baru nak berjinak2 tinggalkan kerjaya..jgn risau..berdoa selalu semoga Allah beri petunjuk pada kita. Petunjuk dari segi apa nak buat, kalau nak buat biz ke, apa2 je lah..yakin rezeki tu bukan dari bentuk duit je....terbukti ramai ada duit tapi still x bahagia, bergaduh suami isteri memanjang..x dapat manage kehendak etc. Rezeki dlm byk bentuk, dapat luang lebih byk masa beribadah,buat solat sunat etc..mungkin ilmu kita bertambah (ilmu duniawi / ilmu agama), anak bertambah (anak soleh), rezeki suami bertambah (w/pun nyata bukan kita yg dapat terus duit tu), kebahagian, x da masalah. Fikirkan kebaikan saja, nescaya kita dpt menghadapi situasi baru ini..

Antara zikir yang bagus ialah "hasbiallahu laaa ilaa ha illa huwa 'alaihi tawakkaltu wa hu wa rabbul 'arsyil 'adzim" -"cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki arasy yang agung"
Dibaca 7x & Kelebihannya: Allah akan mencukupkan apa yang diinginkannya akan perkara dunia dan akhirat. Kita akan selalu merasa cukup dan tidak meminta2 yang memudaratkan kesanggupan diri utk mendapatkannya....

Wallualam..




21 ulasan:

  1. Tah, nice one!...and baru2 ini sbody just plainly shouted to me:
    "tak ade kajian mengatakan anak2 kepada ibu yang tidak bekerja lebih baik dari yg bekerja..."..ha..ha...Wallauhualam....but ask my kids...they prefer akak stay at home dr dulu2 zaman2 closing accounts and reporting..balik mamalam...etc..Allah lebih Mengetahui kan Tah!..Moga2 hidup kita semua diberkatiNya..dan murah rezeki serta mudah pengurusan hidup!
    Cik Titah caiiyookk!!!

    BalasPadam
  2. nice story... very inspiring... tapi buat masa ni, belum berhasrat nak berenti keje walaupun keje tu boring... hehehe...

    BalasPadam
  3. kak maz: tq..sy rasa terpanggil utk tulis sbb ramai yg tidak nampak mcm mana rezeki masih boleh didapati w/pun jadi fulltime h/wife. w/pun nyata duit mcm segalanya tapi bukan sebenarnya..
    surialiving: x per,w/pun masih bekerja sekurang2nya citer ni bagi semangat, misi mencari duit bukan misi utama, kalau kita kejar duit, kita penat tapi kalau kita kejar keredhaan Allah, duit dan rezeki lain yg datang cari kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka ayat awak "misi mencari duit bukan utama, kalau kita kejar duit dan rasa tak cukup kita penat, tapi bila kita kejar keredhaan Allah rezki yg lain akan datang kepada kita. Contoh yg dpt dilihat abang saya sendiri. Walau pun dah bersara masih boleh tiap2 tahun pergi Mekah dlm sebulan puasa, pergi bercuti, belajar mengaji ke Negara Arab.Hidup bersederhana seadanya. Balance kehidupan dunia dan akhirat. Saya pun akan ambil contoh yg begitu dlm tahun ni juga. Moga Allah menyampaikan hasrat saya, yg dah bekerja 40 tahun plus minus.

      Padam
  4. salam, seronok sy baca entry awak ni. Sy pon stay-home mom yg penah berkerjaya dulu. Sgt memahami bila awak ckp pasal depression masa mula2 berhenti keje dan duduk rumah sepanjang masa. Tapi dah lebih setahun sy jadi surirumah, sy dpt tgk byk perubahan dlm rumahtangga sy especially ngan anak2.

    Betul la apa awak ckp...yg penting redha. Dan rezeki bukan semata2 duit shj...kasih sayang, ketenangan, rasa happy...tu pon rezeki jugak.

    BalasPadam
  5. neny: tq..saya faham..sbb tu suka b'kongsi cerita, byk yg kita boleh belajar dari hidup ni kan..

    BalasPadam
  6. bagusnya awak kan.. saya terbaca jer blog awak ni.. saya memang nak berenti kerja.. tapi saya takut saya banyak utang.. anak 4 memang perlu perhatian.. sian budak2 tak terurus.. suami dahlah kerja out station sokmo..dalam masa yang sama sebenarnya saya boleh buat freelance tapi saya tak berani.. nak code.. malam2 x tidur.. pas tu pegi kerja urus anak2 kerja pejabat lagi.. kerja sampingan lagi.. sangat memberatkan.. kalau x kerja sape nak bayar utang saya.. uwaaa...saya dah lama nak berenti kerja.. tapi x berani.. idup dalam kemarahan.. pada suami..lepaskan kat anak2.. sian budak2..hubungan baik dgn husband boleh dikira.. sepanjang masa bergaduh..

    BalasPadam
  7. Salam perkenalan,

    Terima kasih berkongsi pengalaman. Sy pun tgh melalui saat yg menguji kesabaran. Baru berhenti kerja setelah melahirkan anak ketiga, setelah 12 tahun bercareer. Mak sy tak restu, sbb sy mmg menjadi kebanggaan dia sejak dulu (org kg.pertama pg oversea & jd engineer). Terima kasih kongsi zikir & the positive outcome of your sacrifice. Sy makin yakin akan keputusan ini, biarpun mak tak happy...

    Jazakallahukhayran

    BalasPadam
  8. cik tips: semoga Allah bantu urusan anda..saya doakan cik tips temukan yang belum ditemui..moga dikurniakan keberkatan waktu..

    shila: keputusan kita mmg x boleh puaskn hati semua org..janji keluarga kita bahagia terutama suami dan anak2..dugaan penerimaan keluarga memang berat tapi, adalah lebih baik dari diduga dgn kesusahan lain spt pergaduhan dgn pasangan, berat hati tinggalkan anak2 pada orang lain,etc..bahagia itu ukuran atas diri kita..qanaah (berasa cukup) pun bahagia..bukan diukur pada kepuasan hati orang lain..

    BalasPadam
  9. Salam,

    Terima kasih atas perkongsian ni. Saya dalam dilema sebab suami minta pindah ke utara. Cuma sekarang sayang nak berhenti kerja, lagi2 risau kalau tak dapat gaji macam duduk kat KL.Takut kalau tak dapat cover commitment yang tinggi

    Mungkin betul cakap awak, ada hikmahnya kalau taat pada suami walaupun kita tak pasti.

    BalasPadam
  10. Suke sangat perkataan REDHA dan TAWAKAL tu..saya pun dalam dilema untuk menjadi surirumah ataupun teruskan kerjaya sekarang selepas nikah nanti. Bakal suami pun kerja di Kerteh dan minta saya menjadi surirumah sepenuh mase untuk nya nanti. Bila terbace kisah akak ni tiba2 macam dapat satu hidayah. hehe apa agaknya yang Allah swt nak beri kat kita selepas ni kan...hurm..

    BalasPadam
  11. Terima kasih sharing.
    Saya pun baru berhenti kerja 5 bulan yg lalu. Walaupun ibu saya seperti tidak suka. Yela. Saya selalu dibangga2kn apabila berjmpa saudara mara. Belajar sampai degree. Engineering. Mestila beliau sdh x bekerja kan. Saya selalu berdoa agar beliau redha.
    Tq sgt2.

    BalasPadam
  12. Terima kasih kerna berkongsi kisah anda.very inspiring.saya pon dlm proses berhenti kerja x lama lagi.

    BalasPadam
  13. this is very inspiring sis ! :)

    tengah google tips tawakal berhenti kerja and spot yours was in the first list :)

    BalasPadam
  14. jangan minta sokongan org nanti kita lemah, minta sokongan Allah swt, kita kuat...itu sahaja jika nak jadi surirumah..

    BalasPadam
  15. sy pun tgh consider smada nk benti atau stay.. sy gov officer n rmai ckp rugi kalau benti tp sy x hepi..

    BalasPadam
  16. Sy pn dlm proses bnti keje..tepi mak sy sgt2 menentang sy berhenti..sy serba salah n dlm delima..huhu

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum....kak...
    Alhamdulillah sy terjumpa ruangan ni utk memujuk hati sy yg sedang bersedih....suami sy meminta sy berhenti kerja lagi2 sekarang sedang pregnant anak pertama....kami duduk jauh...suami di kL, saya mengajar di ipoh..suami banyak kali menyatakan hasrat utk sy berhenti...makan mnum suami...pakaian dia smua x berjaga kak...masa pregnant ni..sy hadapi mcm2...sy sakit, sy pitam..sy kurang darah...sy disahkan ada talasemia jenis alpha..lagi sy duduk jauh dgn suami..suami mana yg tak risau kan....tapi bila sy usulkan pada ibu sy tntg hasrat sy utk brhenti kerja...dia sgt2 tak stuju...dan mcm2 lagi yg ibu sy katakan pada sy..sy fhm dia kecewa sbb dia yg tanggung duit pengajian sy dlu smpai sy x perlu pinjam ptptn...sy fhm dia kecewa dgn keputusan sy...sy dilema kak....sy xtau..sy nk jaga hati ibu sy..tpi mcmana dgn suami sy...sy sedih bila memikirkan hal ni....sy di ipoh duduk sorg2...keluaarga jauh di sabah..suami org negeri sembilan....

    BalasPadam
  19. saya bukan apa admin. tapi kalau ada sesiapa suri rumah kat sini nak kerja online. saya ada peluang dan pengalaman ajar.

    [Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

    BalasPadam
  20. Macam2 mslhnya..kesian sy baca sorang2 punya komen. Tapi apakan daya nasib sy pn sama..sy dh bekerja 4 thn..sy berkelulusan ijazah..awl bln thn ni sy tekad nk berhenti sb stress tmpat kerja dan xde sape nk jga ank sy..sy bersalin ank pertama thn 2014..skrg ank dh setahun lebih tp sy x percaya pd pengasuh..sb kawasan sy x ramai pengasuh. Ssh nk cri pengasuh.lgpn ank sy masih kecil dan x blh bercakap lg. Sy igt dia besar skit sy nk kerja balik..bila kt tak kerja sy rs mcm rugi sgt..then nk hrp suami, suami pn ckp2 je gji..dlu time sy kerja sy blh bli mcm2..agk terasa disitu..tp jauh disudut hati sy, bila sy kerja sy takut abai rmh tgga sy. Takut ank tak terjaga ..smpai skrg tgh fikir apa patut sy buat

    BalasPadam