Isnin, 27 Julai 2009

Kek Coklat -resipi dari ibuku

bahan2:
2 1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan gula halus
250gm butter
1 cawan serbuk koko
1 sd teh baking powder
1 sd teh soda bikarbonat
1 sd teh ovellate
4 biji telur
1 sd teh esen vanila
2 cawan susu segar

cara2nya:
1. mentega + gula + ovellate + vanilla = dipukul hingga kembang dan kemudian telur dimasukkan satu persatu dan teruskan pukul hingga sebati.
2. tepung + serbuk koko + soda bikarbonat + baking powder =diayak 3x
3. kemudian masukkan tepung campuran (2.) tadi, berselang seli dengan susu segar. mulakan dengan tepung dahulu dan diakhiri dengan tepung.
4. bakar pada suhu 175 darjah Celcius selama lebih kurang 45min - 1jam

Isnin, 6 Julai 2009

Baby's day out..

Pada 8hb Jun yg lepas, oleh kerana ayahnya dapat cuti setelah pulang dari pelantar minyak, kami sekeluarga beriadah bersama di Klcc Park. Saya memang suka membawa anak-anak ke sini sebab terdapat banyak permainan di samping tempatnya yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi untuk kanak-kanak.
Pada asalnya saya dan suami merancang membawa anak-anak bermandi-manda di kolam mandi kanak-kanak yang terdapat di sini, tetapi ianya ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Walaubagaimanapun anak-anak saya tetap gembira kerana dapat bermain bersama di taman ini.

Inilah cahaya mata saya. 'Kids in red outing'..Bukan apa,senang nak cam anak-anak dari jauh..
Gambar yang pertama ni, puteri pertama dari 3 beradik, Nur Almas Nuha 1 tahun 3 bulan. "Janganlah tinggalkan saya atas ni seorang diri", mungkin itu yang nak diucapkannya sebab mukanya macam takut je.
Gambar kedua adalah abang-abangnya yang berusia 5 tahun dan 4 tahun.
Gambar ketiga Nuha sedang menghayati ayunan buaian itu..
Wah..gembiranya dia..Di sini saya senang hati membiarkan anak saya bebas berlari kerana ciri-ciri keselamatannya amat dipercayai.





Di samping itu, permainan yang disediakan menguji daya kreativiti dan juga kekuatan fizikal. Seronok betul dia bermain..
Di sini, kita boleh lihat sejauh mana keberanian anak kecil kita dalam bermain..dalam gambar di atas ni, dia sedang cuba nak lalu atas penutup longkang tu..sebelum tu dia jenguk kedalaman longkang tu..''boleh lepas ke tak ni?", mungkin kata hati dia.
Amboi, gembiranya si kecil ni..konon-konon duduk dalam rumah kecil macam main pondok-pondok!