Sabtu, 6 November 2010

Cabaran hidup dalam berjemaah

Assalamualaikum..
Saya cuma nak cerita pengalaman...ada yang pengalaman saya sendiri, ada juga kisah dari kawan-kawan. Pengajaran yang nak diambil dari akhir penulisan ni.

Tak kira di mana anda berada, pasti ada berada dalam suatu kawasan perumahan. Samada banglo, semi-D, teres, flat, apartment, condominium, etc. Samada gated, guarded, u're bound in that housing area...
Kalau banglo sorang2 dalam hutan tu, x dapek den nak tolong..

Bila kita bercampur dengan jiran tetangga, kenal mereka, maka bermulalah cabarannya...bila kita bercampur dengan masyarakat tempat tinggal kita, inilah berjemaah namanya..Bukan mudah ye..

Masa kecil2 mungkin kita dah didedahkan dengan cara hidup bercampur gaul dengan jiran. Tapi bila makin besar, belajar jauh2, bila kawin bawa hidup sendiri, mula tinggal di apartment, teres etc..
Masih tak berpeluang bergaul dengan masyarakat setempat. Jiran pun jarang2 jumpa.

Selalunya kita akan mula bergaul dengan masyarakat setempat bila dah ada rumah sendiri (bukan rumah sewa). Ada macam2 perangai orang/manusia ni..Yang baik, baik sangat, biasa2, cemburu, jenis tak ambil tahu, dengki khianat, etc. MashaAllah.......Cabaran di tempat kerja pun ada orang macam ni tapi, ia kebanyakannya bersifat sementara. Tapi kalau tempat tinggal, kita dah setuju dgn suami isteri nak settledown in that area, mmmmmmmm dugaan pun bermula...

Orang nak berhati busuk ni bukan kira yang sebaya ada yang jauh lebih tua, atau jauh lebih muda..Kalau macam apartment tu, kita tak nampak sekian-sekian orang naik ke tingkat berapa. Masuk rumah tutup pintu. Kalau macam teres area, semi-D ke, link house ke, menghadap-hadap lagi. Kereta keluar masuk kita nampak, etc...mcm2 lagi la..

Ramai ye jenis manusia yang tak tahu bersyukur dengan nikmat yang dia dapat. Bila nampak orang dapat lebih, mula lah nak sabotaj. Nak dengki. Padahal nikmat yang dia dapat melebihi orang lain yang dia tak sedar sedar lagi tu. Astaghfirullah..............Hallo! Rezeki dia biarlah dia dapat. Kata yang kasar sket (nak bagi paham) Lantak dia lah, nak dapat besar mana rezeki, banyak mana rezeki. Allah berkuasa atas segalanya. Bila sibuk nak tahu berapa banyak sekian2 orang dapat, mulalah hati kita ni cemburu..jadi, eloknya tak payah tahu. kalau tahu pun, tak pe, rezeki dia, rezeki kita cara lain. Mana sama....

Orang yang sempit fikirannya kira ukur rezeki dengan duit je, RM RM RM!. Bukan semunya dalam bentuk RM!!!!! Tak reti ke?!!! Kalau lah setiap orang berusaha membuka 'hijab' (buka mata hati), Insyaallah akan nampak jalan....Rezeki dalam bentuk kesenangan jiwa, tak da penyakit pun rezeki, tak da hutang pun rezeki, itupun tak nampak lagi ke? Kalaulah mati sekarang ni, dengan bawak hati yang BUSUK tu, habislah....

Perkara pokoknya sesiapa yang pernah atau sedang mengalami, jangan kalah dengan keadaan. Gunakan keadaan itu utk kita lebih dekat denganNya. Ni saya nasihat utk diri sendiri gak. Semuanya ada hikmah. Perkara remeh macam ni pun kalau kita nampak hikmahnya, kita tak akan kalah. Yang batil tetap akan lenyap. Kena yakin..Insyaallah...

Ada doa utk menghadapi manusia macam ni...ada saya nyatakan dalam post terdahulu. "Rabbi najjini minal qaumidzoolimin" = Ya Allah aku berlindung dari kaum yang zalim......Ada lagi doa utk elak jiran yang jahat, jiran tu bukan setakat sebelah rumah ye, kena faham tu...dalam kejiranan (kawasan tempat tinggal)....kita yang kena berubah, maksudnya kita jadi lebih dekat denganNya..doa banyak2...doakan orang-orang ituuuuuu...moga diberi hidayah...(walaupun anda geram tapi balaslah dengan berdoa)..INSYAALLAH....macam lagu maher zain, lagu yang dia dapat ilham masa tengah memandu dan sesat jalan...kita pun simbolik lah ni, sesat jalan kehidupan...kembalilah, bukak mata hati....macam lagu maher zain Open Your Eyes.....Memang lagu favourite ku, lagu favourite Maher Zain gak. Melihat nikmat dan kebesaranNya dengan mata hati....

Wallahualam...

4 ulasan:

  1. SMart thought..keep writing.Love your post

    BalasPadam
  2. wah titah.. marah nmpk nya hehehe..
    anyway, well written my dear !!! bravo lah

    BalasPadam
  3. kak mas: yee haaa..
    ashizu: tq
    soy: geram jgn aku geram...geram bermacam ragam

    BalasPadam