Salam...
Telekung berwarna batch seterusnya telah kembali. Untuk maklumat lanjut, terus saja klik di http://almassolehah.blogspot.com/
Telekung-telekung ini jenis sekeping sahaja (one piece). Materialnya daripada cotton. Sangat selesa. Mudah lebih-lebih lagi kalau travel ke sana-sini.
Telekung berwarna ini juga sesuai dijadikan sebagai hantaran kerana terdapat pelbagai pilihan warna yang boleh disesuaikan mengikut tema anda.
Telekung ini juga amat praktikal untuk ibu-ibu mengandung kerana ianya besar dan selesa. Jadi, tunggu apa lagi, dapatkan telekung yang unik ini segera. Setiap warna ekslusif hanya satu dan terhad di almassolehah.
CEPAT! Dapatkan TELEKUNG UNIK ini segera! TELEKUNG BERWARNA atau TELEKUNG ONE PIECE YEMEN!
Layari http://almassolehah.blogspot.com/
Isnin, 28 Mac 2011
Rabu, 16 Mac 2011
Selalu ditinggalkan atau meninggalkan?
Salam....
Sudah agak lama tidak menulis di sini. Maaf, agak sibuk menguruskan hal rumahtangga dan kerja-kerja sampingan..di samping tu, belum ada idea nak tulis apa di blog utk dikongsikan..sekarang ada...Insyaallah saya kongsikan...
Anda selalu ditinggalkan? Atau anda sering meninggalkan?..mmm..kalau ditinggalkan tu maknanya pasangan anda selalu kena kerja outstationlah tu..
kalau meninggalkan pulak, anda bekerja dan sering kena outstation..tapi, bukan tertakluk kepada itu saja, ia sangat luas. Contoh lain, anda (suri rumah) ditinggalkan setiap hari sebab, suami pergi kerja, anak-anak pergi sekolah..hehe..itu pun sama saja konsepnya ye..
Samada dalam kedua-dua situasi ini, tentu hati kita merasai berbagai perasaan..sebagai seorang Islam tidak lain, kita hanya perlu berserah kepadaNya (bertawakkal). Yang ditinggalkan tentu banyak tanggungjawabnya lebih-lebih lagi isteri, samada bekerja atau tidak bekerja. Memelihara diri, anak-anak, harta benda suami, etc..Yang meninggalkan juga banyak tanggungjawab..pelihara maruah diri dalam keadaan suami tiada di sisi, tanggungjawab kerja, etc.
Apa sebenarnya yang kita perlu buat dalam keadaan begini? DOA! itulah jawapannya...
Apa doanya utk yang ditinggalkan? بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ وَأَلۡقَيۡتُ عَلَيۡكَ مَحَبَّةً۬ مِّنِّى وَلِتُصۡنَعَ عَلَىٰ عَيۡنِىٓ .٣٩
"dan Aku telah melimpahkah kasih sayang yang datang daripadaKu dan supaya diasuh di bawah pengawasanKu"
Doa ini adalah dari surah Toha; ayat 39.
Saya mendapat doa ini beberapa tahun lepas. Pada mulanya saya buat tak tahu saja..sekadar baca dan letak tepi..tak da nak amalkan de....kemudian doa ini datang lagi depan saya..tapi kali ni, dengan penerangan yang membuatkan saya sangat menghargai doa ini..Alhamdulillah..
MashaAllah!..tahukah doa ini adalah ayat ketika mana Allah mengilhamkan kepada ibu Nabi Musa a.s supaya meletakkannya di dalam peti dan melepaskannya ke laut. (Zaman pemerintahan Firaun yg memerintahkan supaya semua bayi yg baru lahir dibunuh kerana takut kuasanya tergugat akan kelahiran seorang manusia yang bakal menandinginya.) Bagaimana perasaan seorang ibu dapat menghadapi dugaan seperti ini. Begitu tabahnya dan dengan tawakkal yang sangat tinggi..
Manakala saat kita meninggalkan, ada doanya juga: "Kuamanahkah pada Allah agamamu, serta amanahmu (keluarga dan harta bendamu) dan semua amalanmu. Dan disampaikan salam kepadamu"
Dalam kehidupan kita juga tidak dapat lari dari keadaan ditinggalkan seperti ini..hanya kepadaNya lah tempat kita bertawakkal. Peganglah kita dengan tali Allah selagi itu kita akan selamat di dunia dan di akhirat Insyaallah. Semoga sama-sama kita dapat mengamalkan doa ini..Insyaallah.

Sabtu, 6 November 2010
Cabaran hidup dalam berjemaah
Assalamualaikum..
Saya cuma nak cerita pengalaman...ada yang pengalaman saya sendiri, ada juga kisah dari kawan-kawan. Pengajaran yang nak diambil dari akhir penulisan ni.
Tak kira di mana anda berada, pasti ada berada dalam suatu kawasan perumahan. Samada banglo, semi-D, teres, flat, apartment, condominium, etc. Samada gated, guarded, u're bound in that housing area...
Kalau banglo sorang2 dalam hutan tu, x dapek den nak tolong..
Bila kita bercampur dengan jiran tetangga, kenal mereka, maka bermulalah cabarannya...bila kita bercampur dengan masyarakat tempat tinggal kita, inilah berjemaah namanya..Bukan mudah ye..
Masa kecil2 mungkin kita dah didedahkan dengan cara hidup bercampur gaul dengan jiran. Tapi bila makin besar, belajar jauh2, bila kawin bawa hidup sendiri, mula tinggal di apartment, teres etc..
Masih tak berpeluang bergaul dengan masyarakat setempat. Jiran pun jarang2 jumpa.
Selalunya kita akan mula bergaul dengan masyarakat setempat bila dah ada rumah sendiri (bukan rumah sewa). Ada macam2 perangai orang/manusia ni..Yang baik, baik sangat, biasa2, cemburu, jenis tak ambil tahu, dengki khianat, etc. MashaAllah.......Cabaran di tempat kerja pun ada orang macam ni tapi, ia kebanyakannya bersifat sementara. Tapi kalau tempat tinggal, kita dah setuju dgn suami isteri nak settledown in that area, mmmmmmmm dugaan pun bermula...
Orang nak berhati busuk ni bukan kira yang sebaya ada yang jauh lebih tua, atau jauh lebih muda..Kalau macam apartment tu, kita tak nampak sekian-sekian orang naik ke tingkat berapa. Masuk rumah tutup pintu. Kalau macam teres area, semi-D ke, link house ke, menghadap-hadap lagi. Kereta keluar masuk kita nampak, etc...mcm2 lagi la..
Ramai ye jenis manusia yang tak tahu bersyukur dengan nikmat yang dia dapat. Bila nampak orang dapat lebih, mula lah nak sabotaj. Nak dengki. Padahal nikmat yang dia dapat melebihi orang lain yang dia tak sedar sedar lagi tu. Astaghfirullah..............Hallo! Rezeki dia biarlah dia dapat. Kata yang kasar sket (nak bagi paham) Lantak dia lah, nak dapat besar mana rezeki, banyak mana rezeki. Allah berkuasa atas segalanya. Bila sibuk nak tahu berapa banyak sekian2 orang dapat, mulalah hati kita ni cemburu..jadi, eloknya tak payah tahu. kalau tahu pun, tak pe, rezeki dia, rezeki kita cara lain. Mana sama....
Orang yang sempit fikirannya kira ukur rezeki dengan duit je, RM RM RM!. Bukan semunya dalam bentuk RM!!!!! Tak reti ke?!!! Kalau lah setiap orang berusaha membuka 'hijab' (buka mata hati), Insyaallah akan nampak jalan....Rezeki dalam bentuk kesenangan jiwa, tak da penyakit pun rezeki, tak da hutang pun rezeki, itupun tak nampak lagi ke? Kalaulah mati sekarang ni, dengan bawak hati yang BUSUK tu, habislah....
Perkara pokoknya sesiapa yang pernah atau sedang mengalami, jangan kalah dengan keadaan. Gunakan keadaan itu utk kita lebih dekat denganNya. Ni saya nasihat utk diri sendiri gak. Semuanya ada hikmah. Perkara remeh macam ni pun kalau kita nampak hikmahnya, kita tak akan kalah. Yang batil tetap akan lenyap. Kena yakin..Insyaallah...
Ada doa utk menghadapi manusia macam ni...ada saya nyatakan dalam post terdahulu. "Rabbi najjini minal qaumidzoolimin" = Ya Allah aku berlindung dari kaum yang zalim......Ada lagi doa utk elak jiran yang jahat, jiran tu bukan setakat sebelah rumah ye, kena faham tu...dalam kejiranan (kawasan tempat tinggal)....kita yang kena berubah, maksudnya kita jadi lebih dekat denganNya..doa banyak2...doakan orang-orang ituuuuuu...moga diberi hidayah...(walaupun anda geram tapi balaslah dengan berdoa)..INSYAALLAH....macam lagu maher zain, lagu yang dia dapat ilham masa tengah memandu dan sesat jalan...kita pun simbolik lah ni, sesat jalan kehidupan...kembalilah, bukak mata hati....macam lagu maher zain Open Your Eyes.....Memang lagu favourite ku, lagu favourite Maher Zain gak. Melihat nikmat dan kebesaranNya dengan mata hati....
Wallahualam...

Selasa, 26 Oktober 2010
transformasi=hijrah=perubahan
Salam...
Terasa nak berbicara plak..apakah transformasi pernah berlaku dalam hidup anda?
Apakah maksud transformasi?????
Dengan perkataan mudah, hijrah, sesuatu perubahan.
Hijrah ada dua bentuk.
1. Berubah dari suatu keadaan yang tidak baik atau kepada keadaan yang baik.
2. Berubah dari suatu keadaan yang baik kepada keadaan yang lebih baik.
Apa anda pernah membuat penghijrahan dalam hidup?
Syukur alhamdulillah jika pernah. Jika belum pernah, kembalilah ke jalanNya. Masih belum terlambat lagi. Kisah di bawah bukan membuka pekung tapi untuk sama2 mengambil iktibar, yang HIJRAH itu tidak susah...
Saya juga pernah mengalami penghijrahan. Dahulu (zaman remaja) sangat suka mendengar radio, lagu2 yang tidak mengarah ketuhanan semata memuja manusia, mengharap cinta dunia, etc. Membaca majalah hiburan. Boleh kata menunggu2 majalah hiburan setiap bulan. Antara majalah yang paling diminati dulu, GALAXIE, kalau versi M'sia punya, MANGGA, URTV...Masyaallah...setiap hari x da keje, belek majalah tu..nak tahu perkembangan artis barat, tengok fesyen pakaian mereka. (Alhamdulillah tak terpengaruh..cuma seronok2..)
Walaupun solat, tapi tak da pengisian..hanya solat, tak menghayati..
Quran? baca jarang2...dah khatam masa darjah 4, lepas tu baca masa ada majlis tertentu aje..Astaghfirullah....
Tudung? memang pakai tapi macam biskut...kejap ada, kejap tak ada...masa keluar jemur baju tak pakai, masa sekolah menengah pun sama, bila buat persembahan berlakon, uish...cabut tudung..suka betul..ye la ramai yang suka/minat..tak ada pun yang melarang, cuma nyorok2 dari ustaz, ustazah, cikgu yang alim2...(Allah Maha Melihat, Astaghfirullah...)
arwah ayah memang tak pernah berhenti menyuruh yang ma'aruf, melarang yang mungkar..ingat lagi ayat arwah "Fatimah (gelaran arwah), bila nak pakai tudung?" -waktu tu form 3..Alhamdulillah, dikurniakan ayah yang tidak pernah berhenti mengingatkan..
Kalau bab lagu, memang suka la....liriknya, siap tulis,hafal, tampal kat dinding...
masa belajar di A-Level pun sama, tak berubah...radio tak boleh tinggal...nak g belajar 'prep' malam2, bawak radio kecik...hihi
Zaman saya dulu (seingat saya masa darjah enam), pernah saya hadiri majlis ilmu yang diadakan di rumah seorang ustazah..Tazkirah pertama yang saya dapat dahulu ialah, lepas solat jangan tinggalkan selawat. Paling kurang 11x. Insyaallah, banyak hikmahnya. Insyaallah mendapat syafaat Nabi Muhammah s.a.w, murah rezeki, etc..Memang macam 'gam', melekat dalam kepala saya sampai sekarang..semoga Allah berkati Ustaz yang bagi tazkirah tu..
Perubahan berlaku sikit demi sikit..ada yang mcm sedar, ada yang berlaku macam tu saja..Allah Maha Berkuasa..Ibu pernah bagi doa (walaupun ibuku tak alim sangat, tapi ibulah yang selalu menasihati aku, apa2 hal pun aku minta pendapat ibu) "Allahumma alhimni rushdi wa'aizni miynsyarri nafsi" = "Ya Allah berilah daku kecerdasan fikiran dan ilham berfikir dan jauhilah aku dari kelemahan diriku sendiri"
Untuk suatu tempoh masa memang aku amalkan doa ni, lepas tu lupa..
Tapi Alhamdulillah benda2 yang pada aku memang tak elok, aku cuba jauhi..sesungguhnya aku lemah. Dah lah tahu lemah, tak mintak tolong Allah..mana nak dapat petunjuk. Sesungguhnya aku menzalimi diriku sendiri. "Laa ilaa ha illa anta subhaanaka inni kuntu minadzoolimin". Astaghfirullaahal a'dzim. Kawan2 memang antara penyebab utama arah hidup kita. KITA ADALAH SIAPA KAWAN KITA. Kalau nampak agak2 kawan tu mengarah yang tak baik, jauhkan diri..tu aje, x yah sakitkan hati dia..Kalau takut, doalah seperti doa Nabi Musa (Surah Al-Qasas: ayat 21) "Rabbi najjini minal qoumidzolimin" maksudnya "Ya Allah, lindungilah aku dari orang-orang yang zalim" . Teringat kata-kata Prof Dr Muhaya (Pakar Lasik Mata) yang beliau selalu berdoa sebelum keluar rumah, semoga dilindungi dari orang2 yang melalaikan...Doa dan tawakal,lama2 kawan2 kita tahu kita macam mana, kawan tetap kawan, tak jadi musuh.
Allah Maha Melindungi..Semasa di UiTM, ada seorang sahabat yang tiba-tiba dia offer kat aku doa untuk dapat jodoh..nama dia, Sh Nurul Ain, terima kasih, Ain, semoga diberkati. Ye la, waktu tu adalah yang datang offer diri nak kawan la, nak jadikan girlfriend la,etc...(bukanlah ramai sangat..kan...adalah beberapa kerat, padahal sedang berkawan dgn suamiku...). Dugaan la tu, macam2 bentuk orang..Di saat tu Allah buka jalan aku buat istikharah. Amalkan doa dari sahabat "Ya Allah pertemukanlah daku dengan jodoh seorang suami yang baik yang meminangku dan menikahiku serta menjadi teman hidupku di dunia dan di syurga"..) Kalau yang belum kawin, eloklah amalkan doa ni tiap2 kali lepas solat. Mungkin hanya dengan satu perubahan anda istiqomah berdoa, anda mendapat jalan untuk hijrah itu...Ramai yang istiqomah amalkan doa ni, temu jodoh walaupun dah agak berusia, ibu ku minta doa ni utk kawan2 tempat kerjanya yang belum kawin,etc, adikku minta utk kawannya,etc..Masyaallah..Syukur..
Belum tamat lagi penghijrahan ini. Masih belum lengkap lagi sebagai muslimah sejati..Saya orang biasa, tak ada kelebihan apa2, saya bukan ustazah, jika saya boleh buat, anda tentu boleh, ISTIQOMAH berdoa "Ya Allah berilah daku rezeki untuk mencintaiMu, berilah daku rezeki untuk mencintai orang yang mencintaiMu dan berilah daku rezeki untuk beramal agar lebih mencintaiMu". Perubahan boleh dibuat sedikit demi sedikit jika tak mampu.
Titahdesign sedaya upaya membawa perubahan kepada hidup anda...bukan dalam urusan duniawi semata-mata..kita yang 'design' kehidupan kita. "Hasbunallahu wani'mal wakil" = "Cukuplah bagiku Allah sebaik-baik pelindung.."
Wallualam...

Rabu, 29 September 2010
Rabu, 22 September 2010
Kisah siapkan baju melayu suami..
Salam...
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.
Lama tidak menulis di titahdesign ini. Sepanjang Ramadhan sibuk dengan perancangan ibadah sendiri dan persiapan menyambut Syawal. Pakaian diri sendiri, anak2 dan suami harus disiapkan sebelum Syawal. Langsir dan yang lain-lain telah awal2 disiapkan iaitu 2 bulan sebelum Ramadhan. Ini untuk tidak mengganggu rancangan yang datang tiba-tiba.
Ini kisahkku siapkan baju melayu....
Daku gembira sbb dapat jahit baju melayu suami buat kali pertamanya! Alhamdulillah....
Leceh betul nak cantum leher tu. Ilmu yang diajar mertua tahun lepas baru nak cuba apply. Itupun belajar tak habis. Bab cantum leher ni x sempat belajar pasal aku dah nak balik rawang.
Demi semangat nak siapkan, aku pun ambik baju melayu lama suami,belek punya belek sampai pening.. nak tetas pulak, takut rosak baju.
Pendekkan cerita, dah berjaya jelujur, tetiba.....arghhhhh...leher tak bertemu!!!...
Apalagi..aku pun tetas balik...pendekkan cerita lagi, kena tetas sampai 3 kali baru bertemu hujung leher..
Habis bab cantum leher, nak jahit lubang butang plak. Mesin aku ni boleh jahit lubang butang tapi..mata jahitannya besauuuu...buruk lah jadinya kalau kena pada bj melayu.
Aku pun pergi pusing Medan Puteri, Bandar Country Homes...dah la lagi 2 hari nak raya!.....
Kedai banyak dah tutup! ada yang tak jahit lubang butang!...akhirnya aku nekad jahit tangan je...
Akhirnya, berjaya jugak aku siapkan baju melayu hubbyku....Alhamdulillah...Syukur sangat...
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin.
Lama tidak menulis di titahdesign ini. Sepanjang Ramadhan sibuk dengan perancangan ibadah sendiri dan persiapan menyambut Syawal. Pakaian diri sendiri, anak2 dan suami harus disiapkan sebelum Syawal. Langsir dan yang lain-lain telah awal2 disiapkan iaitu 2 bulan sebelum Ramadhan. Ini untuk tidak mengganggu rancangan yang datang tiba-tiba.
Ini kisahkku siapkan baju melayu....
Daku gembira sbb dapat jahit baju melayu suami buat kali pertamanya! Alhamdulillah....
| proses cantum valcrum (pelekat keras) dengan fabrik. kena gosok dan jelujur..leceh betul... |
Demi semangat nak siapkan, aku pun ambik baju melayu lama suami,belek punya belek sampai pening.. nak tetas pulak, takut rosak baju.
| proses jelujur masukkan kain yg lebih ke bahagian dalam |
Apalagi..aku pun tetas balik...pendekkan cerita lagi, kena tetas sampai 3 kali baru bertemu hujung leher..
Habis bab cantum leher, nak jahit lubang butang plak. Mesin aku ni boleh jahit lubang butang tapi..mata jahitannya besauuuu...buruk lah jadinya kalau kena pada bj melayu.
Aku pun pergi pusing Medan Puteri, Bandar Country Homes...dah la lagi 2 hari nak raya!.....
Kedai banyak dah tutup! ada yang tak jahit lubang butang!...akhirnya aku nekad jahit tangan je...
Akhirnya, berjaya jugak aku siapkan baju melayu hubbyku....Alhamdulillah...Syukur sangat...
Sabtu, 7 Ogos 2010
ABAYA ARAB di AlmasSolehah!
Salam...
Dijemput melawat http://almassolehah.blogspot.com/ untuk melihat koleksi terbaru abaya yang didatangkan khas dari Arab Saudi untuk koleksi Ramadhan atau Syawal anda...

Langgan:
Catatan (Atom)