Isnin, 27 Julai 2009

Kek Coklat -resipi dari ibuku

bahan2:
2 1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan gula halus
250gm butter
1 cawan serbuk koko
1 sd teh baking powder
1 sd teh soda bikarbonat
1 sd teh ovellate
4 biji telur
1 sd teh esen vanila
2 cawan susu segar

cara2nya:
1. mentega + gula + ovellate + vanilla = dipukul hingga kembang dan kemudian telur dimasukkan satu persatu dan teruskan pukul hingga sebati.
2. tepung + serbuk koko + soda bikarbonat + baking powder =diayak 3x
3. kemudian masukkan tepung campuran (2.) tadi, berselang seli dengan susu segar. mulakan dengan tepung dahulu dan diakhiri dengan tepung.
4. bakar pada suhu 175 darjah Celcius selama lebih kurang 45min - 1jam

Isnin, 6 Julai 2009

Baby's day out..

Pada 8hb Jun yg lepas, oleh kerana ayahnya dapat cuti setelah pulang dari pelantar minyak, kami sekeluarga beriadah bersama di Klcc Park. Saya memang suka membawa anak-anak ke sini sebab terdapat banyak permainan di samping tempatnya yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi untuk kanak-kanak.
Pada asalnya saya dan suami merancang membawa anak-anak bermandi-manda di kolam mandi kanak-kanak yang terdapat di sini, tetapi ianya ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Walaubagaimanapun anak-anak saya tetap gembira kerana dapat bermain bersama di taman ini.

Inilah cahaya mata saya. 'Kids in red outing'..Bukan apa,senang nak cam anak-anak dari jauh..
Gambar yang pertama ni, puteri pertama dari 3 beradik, Nur Almas Nuha 1 tahun 3 bulan. "Janganlah tinggalkan saya atas ni seorang diri", mungkin itu yang nak diucapkannya sebab mukanya macam takut je.
Gambar kedua adalah abang-abangnya yang berusia 5 tahun dan 4 tahun.
Gambar ketiga Nuha sedang menghayati ayunan buaian itu..
Wah..gembiranya dia..Di sini saya senang hati membiarkan anak saya bebas berlari kerana ciri-ciri keselamatannya amat dipercayai.





Di samping itu, permainan yang disediakan menguji daya kreativiti dan juga kekuatan fizikal. Seronok betul dia bermain..
Di sini, kita boleh lihat sejauh mana keberanian anak kecil kita dalam bermain..dalam gambar di atas ni, dia sedang cuba nak lalu atas penutup longkang tu..sebelum tu dia jenguk kedalaman longkang tu..''boleh lepas ke tak ni?", mungkin kata hati dia.
Amboi, gembiranya si kecil ni..konon-konon duduk dalam rumah kecil macam main pondok-pondok!





















Isnin, 29 Jun 2009

SEWING PROJECT..one of my hobby

Here ada beberapa sewing project yang sangat menjadi bagiku..



Antaranya selendang panjang..
Sesiapa interested, boleh calling2 eh..
012-6651432.







Quilt cover....150cm x 200cm
actually this done b4 i get married but being continued baru2 ni je..
sangat teruja bila tengok project yg terbengkalai dulu menjadi akhirnya.


Sofa cover..
pakai kain yang murah2 dulu..takut x jadi..
x sangka jadi tapi nak sarung payah le pasal ukuran bukaannya kecik..keh keh..
however..really satisfied..



Roman blind..
2007 project..after hri raya baru dpt realisasi my dream nih..
g course dkt puchong..sgt teruja bila dah siap..












Jumaat, 12 Jun 2009

Tips Luaskan Ruang Dapur..



Ada di antara kita yang memiliki dapur yang luas dan besar. Namun tidak kurang juga yang mempunyai dapur yang sederhana besar ataupun perkataan lain keluasan terhad la..
Ada di antara kita yang memiliki keluasan dapur berukuran 1.8m x 1.6m. Mmmmm..kategori kecil tu..Di sini saya nak beri contoh apa yang saya buat untuk menampakkan ruang dapur kelihatan besar dan selesa..
Dapur saya berukuran 2.7m x 3.4m. Pada pandangan saya masa nak buat renovation, mmm...memang x muat nak letak semua electrical appliances yang saya ada...x da la banyak sangat..yang penting2 je..
Antara yang penting ialah:-
1. membuat meja yang hanya boleh digunakan ketika perlu dengan sistem engsel atau laci tersembunyi..jangan risau meja seperti boleh didapati di IKEA...
2. material dan warna juga mestilah yang menarik dan mudah dibersihkan..antara aspek lain ialah mesti tahan panas, tahan air..
3. hud dapur jangan dilupakan memandangkan aktiviti memasak selalu dilakukan dan ruang dapur kecil..
4. bersihkan ruang dapur setiap kali selesai memasak dan susun kembali peralatan agar nampak kemas..
5. pilih meja yang berbentuk bersegi kerana menjimatkan ruang dan kalau boleh,jangan beli perabot yang berbentuk bulat atau oval.
6. perabot yang bertroli (boleh ubah) juga bagus kerana ianya boleh ditolak dan diletakkan di tempat tertentu jika tidak diperlukan..

ok..sampai sini dahulu..nantikan banyak lagi tips dan kerja2 tangan yang boleh dibuat sendiri di rumah..

aktiviti cuti sekolah..

Semasa cuti sekolah,tak banyak aktiviti yang kami lakukan sebab hubbyku x da di sini. Dia bertugas di pelantar minyak di Kelantan.
Walaupun pada awalnya cuti hubby dijangka pada 9hb Jun, tapi akhirnya hubby ku dapat juga balik awal iaitu pada 4hb Jun. Dapat la balik for 1 week..
So macam2 la aku plan sepanjang suami ku cuti tu..tak boleh pergi jauh2 pasal banyak urusan yg nak diselesaikan..
Ada diantara hari tu aku plan nak bawak kids mandi manda di kolam klcc..(salah satu sbbnya..free..) so aku packing la baju swimming kids, bekal sket, air blackcurrent kegemaran aqil..tapi..al kisahnya..sampai je di klcc dengan kenderaan berjela beratur nak masuk open parking tu..aduh..
Aku terus bawa kids berlari ke kolam tu..sampai je situ..arghhhh...kolam ditutup!!!!! Aduh..sedih betul..frust..tapi nasib kids x sedih..apalagi terus la bebudak main je di playground sebelah tu..after 1 hr kami pulang....x pe..nanti kami datang lagi...

Rabu, 20 Mei 2009

Aqil dapat hadiah mewarna..Haziq merajuk..

Sempena sambutan hari guru pd 18/5/09 di tadika al-farabi baru2 ni..ada pertandingan mewarna antara murid2 sekolah tu..

Jam 3.00 petang..aqil n haziq balik..biasanya haziq yang terjerit kegirangan..
tapi kali ni, aqil yang kegirangan..dan dia x sabar2 nak tunjuk hadiah yang dia dapat dari cikgu.
Aku sampai x sempat nak buka grill..dan aku pun gembira melayan abangnya hingga terlupa adiknya (haziq) berdiri di tepi kereta kemurungan..
Aku pun pujuk haziq.."kenapa haziq macam sedih jer". Haziq jawab, "Haziq pun colour cantik tapi cikgu x kasi hadiah".
Aku memujuk, "X pe, haziq baru 4 tahun, kecil lagi nanti lama2 Haziq pun boleh dapat hadiah".
Haziq jawab, "X...haziq dah besar.."
Alamak...macam mana nak pujuk dia ni..Bila dah reda sikit, aku pun cepat2 sediakan makanan mereka. Kali ni aku suapkan sebab Aqil sibuk nak buat terus buku yang dia dapat tu..

Sessi makan..
Bila turn haziq aku nak suap, dia x nak..dia baring jer..dengan baju sekolah dah buka tapi seluar x..
rupa2nya merajuk lagi..
Bila dia tunjuk kertas yang dia colour tu, mmmmm....patutlah x menang..x cermat haziq colour,terkeluar2..muka orang tu colour pink.
Tapi aku bagi perangsang..terpaksalah draw semula dan tunjuk dia cara yg betul utk color.
Sambil dia color aku pujuk lagi..sampailah dia nak makan suapan pertama..tapi masih dia membebel.."Haziq color cantik tapi cikgu tu x kasi hadiah"....

MM...barulah aku tahu yang haziq ni semangat n sedaya upaya nak mencapai macam apa yang abang dia dapat..ni lah persaingan anak pertama dengan anak kedua sebab mereka rapat dari segi umur..
ini akan aku hadapi n lalui starts from that day..

Selasa, 19 Mei 2009

cara menghias dinding yang kusam






Saya ingin berkongsi lagi cara mudah menghias dinding bilik anda. Sebagaimana yang saya lakukan, ianya mengambil masa yang singkat sahaja di samping tidak memerlukan modal yang banyak. Apa yang anda perlukan hanyalah:



pensil (untuk melakar bentuk)



berus cat



surat khabar (untuk menutup lantai)



cat (lebihan cat memadai)






Dan ini adalah hasilnya. sudah tentu ia memberikan suasana yang segar dan baru bagi ruang anda.